Lagi!!!! 61 Senator Australia Bimbang Prosedur Kes Anwar

KUALA LUMPUR 8 DIS : Perbicaraan fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian luas di Australia kerana pencabulan prinsip-prinsip asas keadilan yang berlaku.

Ahli Parlimen bebas Selatan Australia, Nick Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan Ketua Pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku.Xenophon berada di Malaysia untuk mengikuti perbicaraan Anwar sebelum kembali ke Canbera untuk memberi taklimat kepada rakan sejawatanya.

"Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau.

" Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," jelas Xeonophon.

Perbicaraan Anwar setakat ini dicemari dengan pelbagai kemelut termasuk, pendakwaraya enggan memberikan dokumen relevan kepada peguambela, hubungan sulit antara pengadu dan ahli pasukan pendakwaraya dan kenyataan bercanggah pakar perubatan. Xenophon menegaskan bahawa kerajaan Australia amat mengharapkan Putrajaya bersikap telus dan ikhlas apabila membicaraan kes Anwar.

" Kita (Malaysia dan Australia) adalah kawan dan mesej saya apabila anda adalah kawan, kita perlu memberitahu tentang kebenaran dan perbicaraan Anwar Ibrahim menjadi kebimbangan di Australia berhubung kurangnya keadilan dalam perbicaraan.

" Kami jangkakan Malaysia memberitahu sekiranya kami membuat perkara yang salah. Itu sebabnya saya berada di sini tentunya untuk memantau perbicaraan dan juga mengemukakan sokongan dan pandangan saya sebagai ahli parlimen bebas kerana Anwar Ibrahim sangat dihormati di Parlimen Australia,"tambahnya lagi.Xenophone yakin isu Anwar akan terus didokong oleh ahli parlimen Australia apabila mereka bersidang pada Februari ini kerana Ketua Pembangkang itu amat dihormati oleh rakyat Australia.

" Saya yakin isu perbicaraan Anwar Ibrahim akan dibawa ke Parlimen Australia yang akan disambung pada Februari dan ini adalah luar biasa kerana sokongan terhadap Anwar di parlimen Australia sangat memberansangkan dalam kehormatan yang diberikan oleh komuniti Australia. Ahli dari kerajaan dan termasuk pembangkang telah menandatangani surat sokongan dan itu adalah sangat luar biasa," tambah beliau lagi.

Beliau menegaskan bahawa isu Anwar adalah berpaksi kepada hak asasi dan prinsip keadilan yang menjadi kebimbangan ahli parlimen Australia. " Ia amat luar biasa dalam konteks hak asasi manusia untuk mendapatkan perbicaraan adil dan juga isu hubungan rapat dua negara. Seperti yang saya kata kawan baik perlu memberitahu perkara yang betul dan kita jangkakan perkara yang sama dari Malaysia. Itu yang kita buat sekarang memandangkan ramai ahli parlimen terlibat dan bimbang tentang perbicaraan ini," katanya lagi.

TVSNEWS

Ulasan