Malaysia Waves Dedah Perjumpaan Umno Pas Diteruskan Oleh Geng Perpaduan.

Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh "Geng Perpaduang" dalam PAS


Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda "PERPADUANG" masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.

Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari "dalaman PAS", ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)

Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah "membasuh" semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya hairan, bagaimana kepimpinan tertinggi dalam PAS masih mahu berkhalwat dan ber"zina" dengan pemimpin2 UMNO yang telah meluluskan lesen judi bola. Adakah mereka tidak sedar mereka telah memungkiri janji yang mereka buat pada Jun 2009 lepas?

Bukankah keputusan perjumpaan khas Jun 2009 menyatakan isu kerajaang perpaduang telah ditamatkan. (Lihat video di bawah)

TAPI, MENGAPA PERJUMPAAN DALAM GELAP SEPERTI INI MASIH BERLAKU??? Mengapa mahu terus menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta penyokong kamu? Sudahlah dulu kamu tipu, sekarang ni kamu mahu menipu lagi?

Kalau kepimpinan PAS tidak dibersihkan dari mereka yang sudah dibeli oleh korporat2 UMNO, selagi itulah PAS akan ditunggang oleh UMNO seperti kuda.

Sumber : http://www.malaysiawaves.com/2010/12/perjumpaan-dalam-gelap-dgn-umno.html

Ulasan