Tan Sri Robert Phan yang mahu Gani Patail disingkirkan

Yusmadi: Bersih Segera Institusi Jabatan Peguam Negara



SHAH ALAM 12 DIS: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas segera bagi membersihkan imej jabatan peguam negara yang dikritik pelbagai pihak terutamanya berhubung integriti peguam negara, Tan Sri Gani Patail.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata isu mengenai integriti peguam negara bukanlah perkara baru dan ia berlanjutan sejak 1998 dahulu ketika Gani sendiri terbabit secara langsung dalam pendakwaan dalam kes fitnah sodomi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan segera perlu dibuat untuk membersihkan imej jabatan peguam negara terutama kedudukan peguam negara.

"Isu mengenai integriti peguam negara Gani ini bukan perkara baru. semasa tahun 98 dahulu lagi. jadi saya rasa isu ini perlu dilakukan siasatan secara terperinci dengan kadar segera. contoh yang kita lihat di negara lain jawatan peguam negara amat penting di bawah perlembagaan terpalit dengan isu integriti, maka sistem lain susah nak berfungsi," katanya yang juga peguam.

Yusmadi berkata demikian mengulas kenyataan ahli panel perundingan dan penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau SPRM, Tan Sri Robert Phan yang mahu Gani Patail disingkirkan kerana berpendapat tiindak tanduknya mencemarkan jabatan peguam negara.

Robert Pang dalam kenyataan medianya kelmarin berkata punca utama terhadap perasaan syak wasangka adalah keredibiliti pejabat peguam negara, terutamanya integriti peribadi Gani Patail sendiri.

"Sebagai seorang penjawat awam, kelakuan peguam negara samada peribadi atau awam mestilah melebihi daripada teguran sahaja. Itulah punca masalahnya. Sekian lama, wujud syak wasangka terhadap kelakuan peribadi peguam negara Gani Patail seperti yang diterangkan dan jika tidak ditangani, segala usaha ikhlas kerajaan dan SPRM adalah sia-sia.

"Ia akan hanya dilihat sebagai satu langkah perhubungan awam atau slogan.Adalah malang sekali jika peguam negara menjadi batu penghalang kepada usaha kerajaan dan SPRM untuk mencerminkan mereka sebagai Bersih. Cekap, Amanah Government. Ia tidak ubah seperti pepatah 'Ketam cuba mengajar anaknya berjalan lurus'." kata Tan Sri Robert Pang.

Kenyataan ahli penasihat SPRM itu disokong oleh Yusmadi yang berpendapat bukan segala aspek termasuk siasatan ataupun pendakwaan saja yang dilihat oleh rakyat tetapi mia dilihat dari sudut integriti pendakwaan serta integriti institusi pencegah jenayah di negara ini.

"Isu ini akan memberi akibat langsung kerana antara perbahasan yang hebat ialah isu kuasa pendakwaan yang baru ini kita bahas di parlimen. Sehingga hari ini antara hujah kerajaan kenapa kuasa pendakwaan tidak diberi kepada SPRM, kononnya mahu diberi penuh kepercayaan kepada peguam negara. Dikala kuasa pendakwaan berpusat ia akan menggagalkan mana-mana agenda penguatkuasaan undang-undang.

"Akhirnya nanti hujah siasatan bukan pendakwaan saja dilihat oleh rakyat yang dilihat ialah integriti pendakwaan, integriti institusi jenayah di negara. jadi saya rasa ini sanga penting. kita secara berterusan akan melakukan reformasi hal ini," katanya.

TVSNEWS

Ulasan