PKR Tambun nafi ahli keluar parti, masuk GERAKAN

PKR cabang Tambun menafikan terdapat anggotanya keluar parti dan menyertai GERAKAN kelmarin.

"Tiada sebarang surat perberhentian diterima oleh PKR daripada mana mana pihak, kata ketua penerangannya Hakim Omar Farouk.

Kelmarin, Bernama melaporkan, sebanyak 200 bekas ahli PKR - termasuk bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam - dari Tambun dan Ipoh Barat menyertai GERAKAN.

Mereka mendakwa bahawa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri.

Dalam kenyataannya semalam, Hakim yang juga setiausaha pilihan raya PKR Perak berkata, perkara itu "taktik lapuk" yang mesti dihentikan kerana rakyat " tidak boleh diperbodohkan lagi ".

Berhubung peletakan jawatan Subramaniam, beliau berkata bekas pemimpin PKR itu telah meninggalkan PKR hampir setahun, tetapi "masih lagi digunakan sebagai bahan media oleh Bernama."

Sebaliknya, menurut Hakim, setiap bulan terdapat anggota baru memasuki parti dalam Pakatan Rakyat dan 80 peratus daripadanya pernah mengganggotai parti dalam BN.MalaysiaKini

Ulasan