Baru : Umno Di Semenanjung Tapi "Pengaruhnya" Sampai Ke Sarawak(ada video dalam)

SHAH ALAM 25 MAC : Ketidakwujudan parti Umno di Sarawak tidak bermaksud amalan biasa oleh parti itu tidak menular ke Bumi Kenyalang seperti isu-isu penyelewengan, rasuah dan skandal moral.

Hakikat, umum mengetahui, khazanah dan kekayaan rakyat Sarawak terus dibolot oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan parti komponen yang mewarisinya secara turun temurun dari Umno.

Demikian pandangan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian kepada Tv Selangor yang mengulas tentang keadaan di Sarawak ketika negeri itu bakal
menempuh pilihanraya negeri yang ke-10 bulan depan.

" Ya benar, Taib boleh halang Umno dari masuk ke Sarawak. Tapi faedahnya untuk siapa? Siapa yang mendapat keuntungan? Untuk dia sendiri. Itu isunya,"kata Baru.

Baru berkata demikian dalam rancangan Terus Terang di Tv Selangor.

Beliau ditanya pengacara rancangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, apakah perbezaan amalan autonomi
yang akan dibawakan oleh Pakatan Rakyat jika mentadbir Sarawak.

" Auntonomi bagi kita, ialah mementingkan rakyat di Sarawak. Ini terletak dalam konsep perjanjian 1963. Kalau bukan Umno,Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan makan harta rakyat. Ini bukan isu Umno masuk ke Sarawak, adakah pentadbiran Barisan Nasioanal sekarang ini mementingkan atau mengutamakan isu rakyat," soal Baru.

Empat parti komponen Barisan Nasional Sarawak ialah PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP).

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sememangnya terkenal dengan jolokan pemimpin yang hebat mengaut keuntungan negeri demi memenuhkan kantung keluarga dan kroninya.

Bukan hanya didakwa merampas tanah adat (NCR) di negeri itu, Taib dan keluarganya juga didakwa mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Menurut Baru, inilah masa yang dinantikan oleh rakyat di Sarawak yang sekian lama dahagakan perubahan.

Jika dulu katanya, rakyat Sarawak mungkin naif untuk menilai tipu helah Taib, namun kini semuanya sudah berubah.

Isu NCR misalnya begitu berbekas di hati rakyat Sarawak yang rasa tertindas di bawah pentadbiran kuku besi Taib.

" Bila mereka lihat dengan mata mereka sendiri, kuasanya telah diceroboh oleh orang luar, oleh syarikat, baru mereka percaya.Maksud saya di sini, banyak sudah yang dilihat oleh orang asal di sini, kerana itu saya percaya, mesej yang kita sampaikan ini adalah benar-benar dasar pemerintah boleh dipercayai. Isunya bagi saya ialah, bolehkah kita meyakinkan minda atau mentaliti masyarakat?,"katanya lagi. TVSNEWS





Ulasan