Fitnah 2 : Bahan Bukti Diperolehi Secara Tidak Adil, Kata Peguam



KUALA LUMPUR 1 MAC: Peguam kes fitnah ke-2, Karpal Singh mendakwa kaedah-kaedah tidak sah telah digunakan oleh polis untuk mendapatkan tiga barang dari sel
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau ditahan pada Julai 2008.

Justeru itu, mahkamah hari ini ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pihak pembelaan untuk memfailkan permohonan menggugurkan bahan bukti kes.

Karpal berhujah, barang yang diambil oleh pihak polis dari lokap D9 IPK Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008, di mana Anwar ditahan sepanjang malam di situ tidak mendapat kebenaran dari tertuduh.

Justeru Karpal menyifatkan polis berlaku tidak adil semata-mata untuk mendapatkan DNA Anwar.

"Kaedah tidak adil dalam memperolehi bahan bukti. Kami mahu masa untuk membuat permohonan esok pagi," ujar beliau dihadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Barang yang dimaksudkan adalah tuala muka 'Good Morning', berus gigi, sehelai rambut dan botol air mineral.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan mahkamah ditangguhkan bagi tujuan itu.

Dalam pada itu Anwar yang ditemui di perkarangan mahkamah menyifatkan ianya sebagai tipu helah polis untuk mendapatkan contoh DNA tanpa pengetahuannya.

Tambah Anwar polis turut merancang agar beliau ditahan sebelum sempat hadir ke pejabat polis untuk memberi keterangan pada 16 Julai 2008.

"Saya dan Karpal membuat permohonan supaya perbicaraan dalam perbicaraan. Maknanya untuk sahkan cara polis bertindak itu ganas. Merampas dan membuat penipuan padahal pada masa itu saya dan peguam mahu ke balai polis.

"Tapi disekat di tengah jalan dan ditangkap. Kemudian dengan cara tipu helah hanya untuk mengaitkan soal DNA yang tidak tahu sumber dan pengesahannya. Ini peringkat yang akan dikemukakan esok," jelas Anwar.

Peguambela Datuk C.V. Prabhakaran yang ditemui turut meletakkan tanggungjawab kepada Hakim Datuk Zabidin bagi memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang
adil.

"Perbicaraan dalam perbicaraan untuk menentukan adakah terdapat layanan tidak adil kepada Datuk Seri Anwar dan untuk mengetahui perkara itu, hakim perlu membuat keputusan. Ini adalah prinsip asas," jelas Prabhakaran.

Sepanjang perbicaraan, pihak peguambela diketuai Karpal Singh berjaya menimbulkan banyak keraguan dalam kes.

Ini termasuk pengakuan Dr Khairul Nizam mengatakan Saiful dikenakan cubaan meliwat dan bukan telah diliwat seperti didakwa beliau.

Perkara tersebut turut dipersetujui pakar forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong bahawa tiada kehadiran DNA dalam dubur Saiful sekiranya beliau tidak diliwat.

Mahkamah turut dipertonton rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang mengesahkan kehadiran Anwar diikuti Saiful ke kondo tersebut pada tarikh tersebut.

Mahkamah turut diberitahu Anwar tidak diberi keperluan asas ketika ditahan semalaman pada 16 Julai 2008.

Ini termasuk selimut dan bantal walaupun Anwar memaklumkan beliau menghidap penyakit pinggang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 sekitar jam 12 tenghari hingga 4 petang di sebuah unit kondominium Desa Damansara.TVSNEWS

Ulasan

  1. Nyawa dihujung tanduk... Penjara Sungai Buloh sedang menanti.... 30 tahun penjara dengan 10 sebatan. Padan muka....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..