Hadi Gesa Umat Islam Tolak Dakyah Songsang Dan Fitnah(ada video dalam)


KUALA LUMPUR 22 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat Islam supaya menolak dakyah songsang dan fitnah pihak tertentu untuk terus mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, hal-hal yang tidak sahih dalam Islam akan mendatangkan fitnah seterusnya menjatuhkan maruah individu berkenaan seperti pendedahan video lucah yang berlaku semalam.

" Mengikut ajaran Islam sebarang tuduhan bersubahat, tuduhan yang melibatkan maruah dan moral ditolak sekiranya adanya kekeliruan. Kekeliruan ini boleh berlaku sekiranya laporan itu tidak diperincikan dengan cara yang sebenar,"kata Hadi selepas mesyuarat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.

" Dengan sebab itu Isam mewajibkan 4 orang saksi yang adil yang bermaruah, yang keduanya perlu diteliti jurugambar dia siapa jurukamera, alat rakaman itu bagaimana alat rosak ke alat macam mana, pelakon yang sebenar penerbit dia,"tambahnya lagi.

Ujarnya, pendedahan video lucah kepada awam adalah perbuatan yang tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah masyarakat.

" Masih dalam keadaan yang keliru yang boleh merosakkan masyarakat, ia juga boleh mendidik masyarakat dengan cara yang tidak bermoral dan bermaruah,"katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fitnah seumpama itu.

Sambil menolak amalan politik kotor yang dilakukan untuk menjatuhkan karier politik ketua pembangkang itu, Hadi berkata, rakaman video yang hanya dihebahkan kepada media tertentu sahaja tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.

Hadi juga turut mempersoalkan mengapa tayangan video itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan.

"Oleh kerana itu kita mahu supaya amalan seperti ini hendaklah dihentikan apa lagi kita mahu pilihanraya yang termoden mestilah bersih daripada amalan-amalan yang karut yang merosakkan imej bukan sahaja orang Islam termasuk rakyat negara ini dari segi pandangan seluruh dunia," katanya.TVSNEWS




Ulasan