Nik Aziz Kesal Kenyataan Mufti Perak



SHAH ALAM 3 MAC : Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakari yang menegurnya supaya jangan menggunakan hukum agama untuk tarik pengundi.

Nik Aziz berkata, Harussani tidak harus berkata demikian kerana seluruh amalan hidup manusia tertakluk kepada hukum.

"Segala- galanya berkenaan dengan hukum, sama ada wajib, sunat, haram, makhruh," jelas Nik Aziz.

Beliau memetik sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bertindak meninggalkan Kota Mekah semata- mata mahu menegakkan negara di Madinah.

"Nabi tinggalkan Mekah untuk tegakkan Madinah. Ertinya perjuangan tegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda,"jelasnya.

Kisah itu jelas menunjukkan perjuangan menegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda dan harus dicontohi oleh semua pemimpin Islam yang lain.

Nik Aziz dipetik berkata demikian dalam laman sesawang sosial Facebooknya semalam.

Semalam Harussani menasihatkan pemimpin PAS terutamanya Nik aziz supaya tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi boleh menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.TVSNEWS

Ulasan