Pas tewas di Kerdau, Merlimau, Umno dijangka naikkan harga minyak



KUALA LUMPUR: Umno berjaya mempertahankan Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau dengan masing-masing memperoleh majoriti 3,643 undi dan 2,724 undi.

Di Merlimau, calon Umno, Roslan Ahmad menang sebanyak 5,962 undi menewaskan calon Pas, Ruhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Sementara itu, di Dun Kerdau pula, calon Umno, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi berbanding calon Pas , Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.

Ramai berpendapat, kemenangan Umno di dua kerusi berkenaan sudah dijangka berdasarkan faktor kedudukan Merlimau dan Kerdau yang dikira merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Ia ditambah dengan kempen secara kotor Barisan Nasional yang memperalatkan media dan jentera kerajaan untuk membantu kempen mereka, selain menabur pelbagai habuan kepada pengundi.

Kerajaan juga dijangka mengambil kesempatan di atas kemenangan itu bagi menaikkan harga minyak, seperti mana yang berlaku sehari selepas Pilihan Raya Dun Tenang baru-baru ini, sebagai ‘hadiah’ kemenangan BN kepada rakyat.KeadilanDaily



Ulasan