Anwar selar parti ‘tua’ ditaja pecah undi PKR




oleh: A. Reel Lee Ya

BETONG – Laungan Reformasi Parti Pakatan Rakyat(PR) bergema di Bandar Betong apabila mereka menganjurkan majlis Makan Malam bersama pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di ruangan terbuka di Bandar Betong malam tadi.

Kehadiran pemimpin pembangkang tersebut turut disambut oleh penyokong parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon-calon mereka yang akan ditampilkan pada pilihanraya negeri ke-10 pada 16 April nanti untuk menjalankan kempen mereka dikawasan terbabit.

Seramai seribu orang penyokong serta pengunjung yang ingin melihat lebih dekat akan kelibat pemimpin pembangkang tersebut untuk memberikan ucapan dan mendengar luahan dan laungan reformasi yang dibawa oleh PR dalam pilihanraya yang akan datang.

Anwar turut menyentuh beberapa isu yang berkaitan dengan keperluan dan hak rakyat yang katanya, harus dibela dan perlu dirampas kembali hak tersebut untuk rakyat.

Beliau turut menyelar tentang parti gabungan yang dianggap mereka parti yang ‘telah tua’ dan hampir tidak bernyawa lagi bertindak tidak menyertai PR dan tampil tanpa gabungan dengan mana-mana komponen parti lain untuk merebut kerusi dan bertanding pada pilihanraya ini nanti. Ujarnya, mereka telah diperalatkan dan di ’taja’ oleh seseorang untuk memecah undi di kawasan-kawasan yang terbabit.

Terdahulu, bakal calon PKR, Stanny Embat telah berucap dan mengajak pengundi-pengundi dikawasan DUN N31 Layar untuk sama-sama memperjuangkan parti berkenaan untuk kepentingan rakyat. Katanya, parti yang memerintah sekarang telah terlalu lama dan perlukan perubahan untuk memberikan hak yang sama rata antara pemimpin dan rakyat.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha PKR Sarawak, Abang Zulkifli bin Abang Engkeh, calon-calon PKR dan pemimpin-pemimpin PKR Selangor yang telah didatangkan untuk membantu mereka berkempen.

Diberitakan juga bahawa DUN N31 Layar bakal berlaku pertembungan 3 penjuru apabila Joe Unggang yang mewakili parti Sarawak National People Parti(SNAP)dikhabarkan turut bertanding merebut kerusi DUN tersebut selain penyandang Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang yang mewakili barisan Nasional(BN) telah memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya yang lalu.

Pada pilihanraya Dun Sarawak 2006 yang lalu, Jabu yang telah ditentang oleh Dayrell Walter Entrie daripada SNAP dan Peter John ak Jaban daripada Bebas menang dengan majoriti 2677 undi. Sumber : WEB PORTAL PRN SARAWAK 2011

Ulasan