Langkau ke kandungan utama

Asri: Terima tawaran PM sedia stadium, adakan Minggu Bersih

TERKINI @ 04:34:20 PM 04-07-2011
July 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Julai Sambil meminta sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran perdana menteri stadium sebagai lokasi perhimpunan, bekas mufti Perlis mengesyorkan penganjur menggantikan program 9 Julai dengan kempen Minggu Bersih supaya efektif.

“Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih,” kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan haram sejak 1 Julai.

Asri (gambar) berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan “pilihan raya yang adil”.

“Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.

“Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah,” katanya.

Ahli ademik ini menambah, “jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu ‘defeat the purpose’.”

Asri menambah pihak sekretariat Bersih 2.0 menerima sahaja tawaran Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan perhimpunan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.

“Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan,” katanya.

Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul - dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.

Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Pagi tadi, Najib berkata pihaknya sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan.

“... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara,” katanya.TheMalaysiaInsider

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB

Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu. CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.
Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.
“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.
“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang …

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Iklan Penaja SHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Mac…

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2016

Berdasarkan kedudukan ranking senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016 Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Mal…

Jawapan Tuduhan dan Fitnah Bodoh Syria care Malaysia Terhadap Daulah Islam. [ Dunia Islam ]

ini pula adalah kebodohan syriakari kali yang ke-100.

Untuk melihat kebodohan,fitnah dan penipuan mereka 1-99 sila rujuk revolusiislam.com. pada kotak search sila taip kari atau FSA atau syriakari... admin telah tunjukkan bukti fitnah, penipuan dan kebodohan mereka dalam melaporkan berita2 konflik di Syria dan Iraq.

Kebodohan Syriakari dalam melaporkan sesuatu isu sebenarnya reflect akan kebodohan admin2nya. ustaz2 dan Sheikh di belakang syriakari pula tidak mengambil berat akan bentuk reporting.

Daulah mengeluarkan kenyataan menjemput kristian kepada Islam. Jika mereka tidak mahu kepada Islam tidak mengapa. (Kristian adalah kafir najis dan pig anyway). Daulah memberi mereka syarat ke dua iaitu bayar jizyah 2% dan sebagai balasan ISIS akan protect jiwa dan harta kristian. Sesiapa yang memerangi kristian yang telah membayar jizyah, golongan ini akan diperangi oleh Daulah.

 dan jika kristian ini tidak mahu kepada Islam dan tidak mahu membayar jizyah.. di dalam hukum Islam, me…

Hai-O (Hairuddin Omar) juga lincah di dapur

HAI O, bukan nama asing dalam arena bola sepak negara. Tetapi adakah anda tahu, selain lincah di padang, beliau juga lincah di dapur ketika memasak di restoran miliknya, Restoran Adeq Sue Ikan Bakar di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.

Dari bintang bola sepak, pemilik nama sebenar Hairuddin Omar ini sekarang sudah bergelar Pengarah Eksekutif Pemasaran Adeq Sue Resources Sdn Bhd (Adeq Sue).  

Jika ada masa luang dan tiada latihan bola sepak, Hai O, 35,  menguruskan restorannya bahkan beliau tidak kekok membasuh pinggan dan gelas.

“Semua bermula pada 2011, saya berbincang dengan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan dalam keluarga, kakak saudara saya, Shukuriah Abd Ghafar atau Kak Sue berkemahiran dan pandai memasak, jadi kami sepakat buka restoran.

“Modal permulaan untuk buka restoran adalah RM150,000 dikongsi bersama Kak Sue dan suaminya, Mohd Kamal Ariffin yang menguruskan bahagian kewangan. Kos itu meliputi kos membangunkan kawasan restoran yang me…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI