Langkau ke kandungan utama

Bersih 2.0: K'jaan langgar Perkara 10 Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Lapan peguam PAS dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, petang semalam berhubung tindakan kekerasan pihak polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Mereka yang diketuai Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi membuat laporan itu sekitar jam 5.30 petang sejurus selepas penyerahan memorandum berhubung perkara yang sama kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menurut Ahmad Zamri, laporan yang dibuat oleh Juham itu antara lain menyentuh tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat melanggar undang-undang.

Perlanggaran yang dilakukan itu, pertamanya, berhubung Perkara 5 (3,) Kebebasan Diri, Perlembagaan Persekutuan yang ternyata tidak dipatuhi oleh KDN dan PDRM.

Katanya, pada hal dalam peruntukan itu telah dijelaskan, jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.

"Selain itu, kerajaan menerusi KDN dan PDRM telah melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan.

"Ini tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

"Di samping itu, kerajaan melalui KDN dan PDRM juga telah bertindak menyalahi Seksyen 28(A) Kanun Acara Jenayah," katanya ketika ditemui di sini.

Namun, tegasnya, dalam Perhimpunan Aman Bersih 2.0, kerajaan melalui KDN dan PDRM telah bertindak menggunakan kekerasan yang tidak munasabah dalam menyuraikan perhimpunan.

"Beberapa lokasi Perhimpunan Aman Bersih 2.0 telah dikepung pihak berkuasa PDRM yang berkelengkapan penuh seperti perisai, trak meriam air (water cannon), senapang gas pemedih mata, belantan dan gari elastik plastik," katanya.

Pihak PDRM, menurutnya, telah mengepung para peserta di hadapan Menara Maybank dan melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa sebarang amaran bersurai.

Katanya, para peserta yang mulanya dalam keadaan aman telah bertempiaran menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata.

"Mereka kemudian dikejar pihak PDRM dengan trak-trak meriam air (water canon) sehingga ke Jalan Pudu berhampiran Plaza Rakyat dan Hospital Tung Sin.

"Di sini pihak PDRM telah melepaskan gas-gas pemedih mata sehingga ke dalam Hospital Tung Sin dan juga menembak air asid ke arah para peserta," katanya.

Ada peserta yang telah ditahan, jelasnya, telah diperlakukan dengan ganas. Terdapat peserta yang ditendang dan dipukul.

"Mereka juga telah diikat menggunakan sejenis gari elastik sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan.

"Mereka telah disumbat berasak-asak ke dalam trak-trak PDRM yang telah tersedia untuk mengangkut mereka ke lokasi-lokasi tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Terdapat mangsa-mangsa tangkapan yang pengsan di dalam trak polis. Ada juga mangsa tangkapan dibiarkan di dalam trak selama dua (2) jam di lokasi tahanan di lokap Jinjang," ujarnya.

Di KL Sentral, tegasnya, laporan yang diterima oleh Bilik Gerakan Juham pada hari itu mendapati pihak berkuasa PDRM melalui Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mengepung Kompleks Terminal KL Sentral.

"Orang awam ditahan tanpa sebarang alasan dan budibicara. Mangsa-mangsa tangkapan telah disumbat ke dalam trak-trak yang sudah bersedia mengangkut mereka ke pusat tahanan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa PDRM telah mempunyai niat dan persediaan untuk menangkap sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut tanpa alasan yang munasabah dan wajar," katanya.

KL Sentral yang merupakan tempat tertutup dan hub pengangkutan awam juga, tegas beliau, telah dilemparkan, ditembak, dilepaskan gas pemedih mata.

"Keadaan kompleks yang tertutup jelas mengakibatkan ramai orang awam di dalam kompleks tersebut mengalami kesulitan dan kecederaan fizikal.

"Tembakan gas pemedih mata dihalakan terus ke arah orang-orang awam sehingga menyebabkan kecederaan. Ini jelas bertentangan dengan peraturan penyuraian perhimpunan dan peraturan penggunaan gas pemedih mata," tegasnya.

Di samping itu, jelas beliau, laporan itu juga turut menyentuh penafian akses peguam.

Tangkapan-tangkapan yang dibuat, katanya, telah ditahan di beberapa lokasi tahanan seperti di Pulapol Jalan Semarak, Lokap Berpusat Jinjang, Ibu Pejabat Gerakam Am (PGA) dan Lokap Polis Bukit Jalil.

"Mangsa-mangsa tangkapan tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan ke mana mereka akan dibawa. Pasukan peguam PAS telah bersedia di lokasi-lokasi tersebut untuk mengakses kepada tangkapan-tangkapan yang memberikan maklumat tangkapan tetapi telah dinafikan hak tersebut oleh PDRM.

"Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah," tegas beliau.HarakahDaily

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Trend belian online meningkat

PENGELUAR pakaian sekolah jenama Canggih, My-Sutera Sdn Bhd (My-Sutera) melihat trend pembelian keperluan persekolahan secara atas talian (online) meningkat lima peratus dari tahun ke tahun. Pengarah Eksekutifnya, Laila Satria Suhaimi berkata, ia berdasarkan data diperoleh selepas lima tahun menggunakan platform online sendiri menerusi eshop Canggih sebelum ini dan terbaru canggih.biz.

Katanya, menerusi canggih.biz yang diperkenalkan hujung tahun lalu, jenama Canggih mencatatkan purata jualan RM2,000 sehari dalam platform onlinenya, didorong oleh sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang membeli pakaian sekolah, alat tulis, beg sekolah dan lain-lain.
“Jenama Canggih mula meneroka platform online sejak 2012 lagi. Kami bermula dengan eshop Canggih, sebelum menukar kepada canggih.biz yang lebih mesra dan boleh diakses menggunakan telefon pintar. “Pada awal pembangunan platform online kami, sambutan agak kurang memberangsangkan kerana faktor-faktor tertentu dan kekangan dari segi tena…

Sengsara 'ketua' pelabur kena kelentong

BERIKUTAN dituduh menipu dan melarikan wang yang dilabur peserta skim pelaburan mata wang digital, seorang guru di Kota Bharu trauma apabila kerap diganggu serta menerima ugutan pihak tidak berpuas hati. Mohamad Azmi Hamat, 57, yang menjadi ketua dan menyertai skim anjuran sebuah syarikat tempatan itu sejak Oktober tahun lalu, sudah mengutip pelaburan melebihi RM300,000 daripada 86 pelabur. Malangnya, dia dikatakan gagal memberi pulangan keuntungan dan bonus pemasaran seperti dijanjikan penganjur skim dalam tempoh sebulan selepas menyertai dengan bayaran serendah RM2,000.

Sedangkan, Mohamad Azmi berkata, dia sendiri tertipu dengan pelaburan berkenaan dan hanya sempat merasa imbuhan selama tiga bulan sahaja. "Rata-rata pelabur menyalahkan saya dan menuduh saya melarikan wang pelaburan mereka sedangkan, saya sendiri ditipu syarikat ini serta tidak pernah lagi menerima imbuhan selepas tiga bulan. "Saya turut menjadi mangsa, bagaimana saya hendak membantu mereka. Ada kalangan p…

Jawapan Tuduhan dan Fitnah Bodoh Syria care Malaysia Terhadap Daulah Islam. [ Dunia Islam ]

ini pula adalah kebodohan syriakari kali yang ke-100.

Untuk melihat kebodohan,fitnah dan penipuan mereka 1-99 sila rujuk revolusiislam.com. pada kotak search sila taip kari atau FSA atau syriakari... admin telah tunjukkan bukti fitnah, penipuan dan kebodohan mereka dalam melaporkan berita2 konflik di Syria dan Iraq.

Kebodohan Syriakari dalam melaporkan sesuatu isu sebenarnya reflect akan kebodohan admin2nya. ustaz2 dan Sheikh di belakang syriakari pula tidak mengambil berat akan bentuk reporting.

Daulah mengeluarkan kenyataan menjemput kristian kepada Islam. Jika mereka tidak mahu kepada Islam tidak mengapa. (Kristian adalah kafir najis dan pig anyway). Daulah memberi mereka syarat ke dua iaitu bayar jizyah 2% dan sebagai balasan ISIS akan protect jiwa dan harta kristian. Sesiapa yang memerangi kristian yang telah membayar jizyah, golongan ini akan diperangi oleh Daulah.

 dan jika kristian ini tidak mahu kepada Islam dan tidak mahu membayar jizyah.. di dalam hukum Islam, me…

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

AWEK-AWEK CUN AJAK BUAT BISNES..RUGI TAK JOIN..

FOTO HIASAN.

[ IKLAN ] Bisnes Online..

Modal cuma RM55.00 untuk memulakan bisnes.

beli 1 lot = RM55 bonus anda RM400.00 
beli 2 lot = RM110 bonus anda RM800.00 
beli 10 lot = RM550 bonus anda RM4000.00 
beli 100 lot = RM5500 bonus anda RM40,000.00

Belilah berapa lot yang anda mampu...

Tiada paksaan...

Cuba anda perhatikan jika anda beli 4000 lot = RM220,000.00

Ini hasilnya : RM1,600,000.00

Anda sudah bergelar JUTAWAN!!!!! Mudah kan kan kan..

Sertai kami sekarang anda mampu megubahnya!!

Maklumat link kat sini :

* http://biz55.lot.my
* http://revobiziklan.blogspot.com
* https://www.facebook.com/UsahawanInternetBoss
* https://www.facebook.com/groups/geng2usahawan

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI