Bersih 2.0: Suhakam adakan inkuiri awam, dijangka mula bulan depan

July 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Suhakam akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata orang ramai dan pihak berkuasa akan dipanggil memberi keterangan masing-masing ketika inkuiri kelak.

Inkuiri dijangka akan diadakan bulan depan.

Khaw berkata Suhakam yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang pihaknya telah kumpulkan.TheMalaysiaInsider


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (berkerusi roda) memberi pandangan ketika aduan dibuat kepada Suhakam di Kuala Lumpur hari ini. — Foto Choo Choy May Read More

Ulasan