Cuba lagi Harimau Malaya..!!!!!

PERJUANGAN Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia tersekat selepas tersingkir kepada pasukan jiran, Singapura menerusi agregat 6-4 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Kita tunduk lagi kepada Singa-pura dan peminat setia Malaysia harus mengakui hakikat ini! Namun, aksi anak buah Datuk K Rajagobal sepanjang 90 minit perlawanan wajar mendapat pujian.

Malah, semangat juang tinggi yang dipamerkan dalam permainan berjaya menyentuh hati lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya yang tidak berganjak keluar stadium selepas wisel penamat dibunyikan.

Situasi ini tidak pernah berlaku (kecuali Ultras Malaya yang tetap bersorak sehingga lampu stadium dimalapkan). Apa pun penyokong sudah mula menunjukkan kesetiaan kepada Harimau Malaya kerana tahu Malaysia bermain dengan penuh maruah bukannya seperti Singapura yang lebih banyak berdrama daripada bermain bola sepak!

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan sekali lagi menghantui skuad kebangsaan dan Rajagobal perlu melakukan post mortem bagi mengatasi masalah dibahagian terbabit.

Selepas perlawanan, timbul persoalan mengapa Malaysia gagal memadam kelebihan defisit gol Singapura di laman sendiri.

Adakah republik itu menggunakan pemain naturalisasi atau taktik diamalkan selama ini mudah dibaca pemain lawan?

Mungkin juga ketiadaan ketua pasukan, Safiq Rahim yang digantung selepas menerima kad merah pada perlawanan pertama dan Norshahrul Idlan Talaha yang tidak bersama pasukan kerana mengalami kecederaan.

Tetapi, perlukan kita bersandarkan semata-mata kepada dua nama besar ini? Bagaimana pula dengan peranan Baddrol Bakhtiar dan Ashari Samsudin yang langsung tidak diturunkan Rajagobal kelmarin?

Apa pun, hanya Rajagobal tahu jawapannya!

Walau apa pun alasannya, pasu-kan kebangsaan sudah terkeluar dan perlu menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia.SinarHarian

Suasana Di Bukit Jalil Video Agen DSAI

Ulasan