Polis Masih Gila Babi..!!!!

Baju BERSIH: MP Bakri ditahan lagi

Gara-gara terus mahu memakai baju T BERSIH 2.0, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam semalam.

NONEPemimpin DAP itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar sambil membawa kekwa putih dan bunga raya.

Ketika dihubungi, Er berkata beliau dan kumpulanya yang kira-kira 20 orang baru sahaja keluar dari pusat khidmat DAP Muar dan dalam perjalanan tiga buah trak FRU sedia menunggu di kawasan itu.

“Polis tidak benarkan saya terus kerana saya pakai baju BERSIH. Tetapi apabila rakan saya beri baju lain, dan saya sarungkan baju itu, tapi polis tangkap saya juga,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Er beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Muar dan hanya dibebaskan pada kira-kira jam 1 pagi tadi. Beliau dikehendaki melapor dirinya sekali lagi pada 15 Ogos nanti.

Baju BERSIH miliknya itu juga dirampas.

Er pernah ditahan pada 3 Julai lalu beserta lima ahli DAP kerana mengedarkan risalah berkenaan himpunan BERSIH yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.

Mereka ditahan di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera “Membersihkan sampah-sarap negara”.

Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan “Negara BERSIH Rakyat Bertuah” serta gambar penyapu dan penyodok.MalaysiaKini

Ulasan