DAP: Siasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar

Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.

Tony berkata, Nazri tidak ada urusan untuk memberi apa juga bentuk arahan kepada GLC kerana beliau bukan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan terbaik.

Sebaliknya, katanya, pihak terbaik untuk menasihati lembaga pengarah syarikat berkenaan berhubung kes perundangan mereka adalah peguam mereka yang dilantik, yang menurut Pua, juga terkejut dengan arahan menteri tersebut.

NONEAhli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan arahan Nazri itu sebagai "memperolok-olokkan urus-tadbir korporat syarikat berkenaan", yang menurutnya hanya akan menjejaskan minat pelabur tempatan dan asing, yang tidak bertolak ansur dengan campurtangan terang-terangan kerajaan dalam perniagaan dan keputusan kewangan.

Pua berkata Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."MalaysiaKini

Ulasan