Fenomena Ustaz Azhar Idrus Masakini

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Antara presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dengan Uztaz Azhar Idrus mana agaknya yang lebih popular di dunia cyber. Jawapannya sudah tentu Ustaz Azhar Idrus.

Dalam semua-semua ustaz dia yang paling canggih sekali menyebarkan dakwahnya dengan menggunaka segala kemudahan teknologi yang ada.

Youtube, twitter, Facebook, web kamera canon EOS, photoblog, iPhone, iPad, iPod, VCD, CD dan lain-lain lagi semua diguna pakai oleh Ustaz gadget terkenal ini. Ustaz Idrus ni juga merupakan seorang peminat tegar kamera dan gambar yang dihasilkannya amatlah hebat.

Dari gambar yang dipamerkannya menunjukkan dia 'paham kamera' serta lensa dan setting kegunaannya dan amat memahami teknik edit gambar, berkemungkinan besar dia terror photoshop. Pernah terserempak dengan dia di pilihanraya kecil dulu dengan jubah berserta camera canon fullframe mengambil gambar suasana pilihanraya tersebut.

Dengar ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus memang tak terasa masa berlalu. Segala apa yang keluar dari bibirnya akan menjadi perhatian satu persatu, lawak ada pedas ada hikmah ada, ilmu ada pengajaran ada dan memang tak akan terasa mengatuk singgah dikelopak mata...kalu ada juga mungkin orang tersebut memang tak faham lansung loghat Terengganu totok yang ada pada Ustaz Azhar Idrus.

Biodata sebenar Ustaz Idrus tidak dapat dipastikan dan saya masih mencari sumber sahih yang boleh dipercayai dalam bentuk tulisan atau perkataan. Apa yang ada cumalah rumors mengatakan bahawa Ustaz Idrus bukanlah seorang lulusan agama yang mengaji jurusan keagaman di sekolah, kolej, madrasah atau universiti dan dia juga bukan ustaz keluaran Al-Azhar.

Ada berita yang kata dia merupakan bekas seorang guru muzik dan pernah belajar di USA...saya tak dapat nak pastikan kebenaran cerita itu semua. Tapi orang kata dia memang tak jemu pergi ke hulu ke hilir dan ke mana-mana sahaja untuk mengaji kitab dan menuntul ilmu agama.

Dah berpuluh-puluh tok guru yang diambil ilmu daripadanya. Berbagai-bagai kitab telah ditelaah dan ditadahnya bersama para-para tok guru. Maka luaslah sudah ilmu yang telah diceduk akan dia. Sehinggalah dia mula berceramah dan berdakwah seterusnya menjadi terkenal di mana-mana sahaja sekarang ini. Kalau nak dapatkan jadual dia untuk berceramah kena booking awal-awal, kalau tidak alamat tak akan dapat dilayan.

Dengan cerita yang hebat kat atas tu saya harap anda tertarik untuk mendengar ceramahnya yang akan diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada selepas magrib 25 haribulan september ini...

sumber : wartashubhi

Ulasan