Firma AS tuntut MAS bayar ganti rugi RM238 juta

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Malaysia Airline System (MAS) didakwa oleh GIRO – Warranty House International, Inc. AS kerana melanggar kontrak dan salah nyata fraud dan bagi mendapatkan ganti rugi sehingga AS$80 juta (RM238 juta).

Dalam satu makluman kepada Bursa malaysia Selasa, MAS berkata ia telah dikemukakan dengan dakwaan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Northern District Oklahoma pada 22 Ogos lalu.

Tanpa membuat penjelasan lanjut mengenai litigasi, MAS berkata ia sedang menyemak dakwaan itu dengan bantuan peguam luar, kata laporan Bernama Online hari ini.

Ulasan