Hujah Umno Sudah Kalah Dengan Hujah Pas..!!

komen : Umno dah tinggal nyawa2 udang dah dah tak boleh berhujah dengan fakta... semua hujahnya semua rekaan semata mata selamt tinggal Umno haprak!!! Kesian!!!

KUALA LUMPUR, 12 Sept:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengakui kelemahannya sendiri sebagai Menteri Dalam Negeri, bukannya menyerang pemimpin-pemimpin PAS dan menafikan fakta-fakta jelas yang dikemukakan oleh PAS.

Sebagai parti yang memperjuangkan dasar Islam dan bertanggungjawab, PAS tidak akan mengemukakan isu-su rekaan, tetapi kesemua isu yang dibangkitkan berdasarkan fakta jelas yang boleh dibuktikan pada bila-bila masa.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, begitu juga dengan isu yang dikemukakan oleh PAS berhubung dengan pemberian kerakyatan kepada warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang ternyata mempunyai bukti-bukti yang jelas.

Menurut beliau, isu tersebut bukanlah isu rekaan, tetapi ia dikemukakan berdasarkan semakan yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh PAS.

Katanya, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sememangnya bertanggungjawab ternyata isu itu tetapi sehingga kini beliau masih tidak boleh menjawab perkara itu.

"Kegagalan Datuk Seri Hishammuddin menjawab perkara itu merupakan kelemahannyanya selaku Menteri Dalam Negeri dan kelemahan beliau itu harus diakui oleh Hishammuddin sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bernama Online semalam melaporkan Hishammuddin menolak dakwaan PAS bahawa Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup “segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.”

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mengatakan tindakan BN itu bertujuan untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita kelmarin.

“Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin PAS sendiri,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, rakyat boleh menilai tindakan pembangkang yang gemar menyerang pelbagai institusi negara semata-mata untuk gimik politik mereka.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, memberikan kerakyatan kepada warganegara asing merupakan satu tindakan yang amat bahaya kepada negara dan tujuan PAS mengemukakan isu itu adalah untuk kepentingan negara.

"Jumlah warganegara asing yang diberikan kerakyatan oleh Kerajaan BN amat besar dan sangat dipertikaikan. Isu yang dikemukakan oleh PAS itu adalah satu isu yang sangat bahaya kepada negara dan Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu," katanya.

Bahaya pemberian kerakyatan kepada warganegara asing, menurut beliau, tidak boleh dinafikan sebarang pihak, apatah lagi oleh Menteri Dalam Negeri dan tiada menteri yang tidak nampak perkara itu jika dia tidak tidur di pejabatnya.HarakahDaily

Ulasan