Perang Twitter antara Nato, Taliban

KABUL - Selepas pertempuran berdarah selama 20 jam antara Taliban dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berakhir, kelmarin, kumpulan pemberontak Afghanistan dan tentera bersekutu itu menyambung lagi peperangan mereka menggunakan cara moden, iaitu melalui laman sosial Twitter.

Pertengkaran itu bermula apabila pejabat akhbar Pasu- kan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) dinaungi Nato yang selalunya memberikan maklumat bernada serius mengenai isu ketenteraan di Afghanistan, membalas kenyataan jurucakap Taliban, Abdulqahar Balk.

“Kematian itu tidak dapat dielakkan. Persoalannya sekarang, berapa lama lagi pengganas akan meletakkan nyawa orang awam Afghanistan di dalam bahaya?,” soal Isaf.

Abdulqahar kemudian membalas kenyataan Isaf itu dengan berkata: “Saya tidak tahu. Anda (Isaf) telah meletakkan mereka dalam bahaya sejak 10 tahun lalu. Kampung dan pasar diserang. Dan kini anda mahu bercakap mengenai bahaya pula”.

Isaf membalas kenyataan Abdulqahar dengan memberikan statistik kematian orang awam disebabkan aktiviti militan namun kesahihan fakta itu dipersoal oleh Taliban.

Seramai 11 orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan yang didakwa dilakukan Taliban berhampiran kedutaan Amerika Syarikat, kelmarin.

Ulasan