Sah!!!! AntaraPos.com - Agen Umno...!!

AntaraPos.com - usaha Umno kekang populariti Khalid

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahDalam satu kenyataan media, Faekah berkata usaha-usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.

“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TV Selangor buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulanan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

selangorkiniFaekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat

“Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.

Menurut Faekah, dakwaan menuduh bahawa program yang dilaksanakan kerajaan Selangor sebagai remeh dan hanya untuk populariti Khalid adalah tindakan terdesak. Ini kerana rakyat mahukan program kebajikan dan nikmat itu tidak pernah dirasai di bawah BN.

NONE“Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan.

“Bantuan-bantuan ini diturunkan ke pejabat DUN untuk memastikan wakil rakyat dapat berhubung terus dengan pengundi di kawasan mereka,” katanya.

Justeru, menurut Faekah, wakil rakyat juga meraih populariti dari program kerajaan kecualilah bagi wakil rakyat yang ‘segan’ dan ‘banyak mengelat’ dari turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

NONESelain itu, katanya, dalam tempoh kurang lima tahun, menteri besar telah menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion malah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, telah mencatatkan keuntungan RM11 juta.

“Jika tiada pemimpin yang berpegang kuat pada prinsip, masih mengamalkan gaya politik Umno, amalan kronisme, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu mencapai kejayaan ini,” katanya lagi.MalaysiaKini


Ulasan