Wooii Hebat Kerajaan PR Selangor!!!!

Belia Selangor Ke Jerman Untuk Belajar Pembuatan Kapal Terbang

SHAH ALAM, 30 SEPTEMBER - Golongaan belia terutama mahasiswa di negeri Selangor berpeluang mengikuti kursus berkaitan teknologi pembuatan kapal terbang bersama beberapa syarikat dari Jerman, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri mencapai persetujuan dengan pihak syarikat dari Jerman berhubung perkara itu menerusi lawatan kerja yang diadakan ke negara itu pada 11 hingga 16 September lalu.

Menerusi perbincangan itu, beberapa syarikat dari Jerman menyatakan persetujuan menerima peserta terdiri dari belia yang dihantar oleh kerajaan negeri bagi mengikuti kursus tersebut.

Katanya, ia adalah satu peluang keemasan bagi golongan belia terutama mahasiswa untuk mendapat ilmu pengetahuan atau menceburi bidang teknologi pembuatan kapal terbang dari negara maju itu.

"Satu program yang akan dibuat oleh kerajaan negeri ialah untuk memasukkan anak-anak muda kita dalam kursus yang ditawarkan oleh syarikat Jerman yang menjalankan program membuat dan membaiki alat-alat kapal terbang.

"Syarikat Jerman itu bersetuju untuk membenarkan kerajaan negeri menghantar 50 hingga 100 peserta dalam sesuatu masa untuk mereka diajar di sana," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian pelancaran program "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor" (RKSS) anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Kerajaan negeri akan membiayai peruntukan awal bagi kumpulan belia yang berjaya mengikuti kursus tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan sehingga mereka memperolehi sijil tamat latihan.

Menurutnya, sekiranya mereka didapati sesuai bagi mengikuti kursus selanjutnya maka mereka akan dipilih dan dibiayai pula oleh syarikat dari negara Jerman itu yang akan dikenal pasti menerusi perjanjian dibuat dengan Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Ngeri akan mengumumkan senarai nama syarikat dari Jerman yang terlibat dalam program itu sedikit masa lagi.TVSNEWS

Ulasan