Langkau ke kandungan utama

Tanah: 50 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan

Selangorku, 16 Feb 2013
SEPANG: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50 tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai.

Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini.

Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN.

“Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu. “Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan,” ujar Hussin Ahmad (gambar), 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor.

Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang.

Latjiman Keman (gambar), 48 tahun pula memberitahu usaha untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami keluarganya sudah mula di usahakan oleh Allahyarham bapanya.

“Perjuangan ini melebihi tempoh usia saya dan hampir menemui jalan buntu, tetapi kejayaan hari ini dapat menebus semula titik peluh arwah bapa saya.

“Kegembiraan ini kami kongsikan bersama dari generasi pertama, generasi kedua dan ketiga.

“Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan untuk terus membantu rakyat yang menghadapi masalah yang sama,” kata Latjiman.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula berkata penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda kini tidak lagi perlu bimbang kemungkinan tanah mereka di ambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tanah yang mereka diami ini berhampiran dengan Putrajaya, wilayah Kerajaan Pusat yang pesat membangun, jadi memang terdapat risiko ia akan diambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tetapi bila mereka dah dapat borang 5A ini, mereka tak perlu lagi bimbang, penduduk boleh hidup dengan tenang,” kata beliau.

Sebelum itu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Datuk Abu Bakar Baginda seramai 15 penduduk kampung di sini menerima borang 5A yang disampaikan oleh Dr Yaakob yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu.

Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu itu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.

Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi./HarakahDaily


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Menjadi Hamba Seks, Jutawan Kosmetik Jadi Tumpuan Ramai

Biodata Hanni Borhan jutawan kosmetik Jamu Susuk Dara dijadikan hamba seks oleh suami. Facebook Dato Seri Hanni Borhan mengemparkan ramai pengguna laman sosial apabila beliau meluahkan masalah rumah tangga kepada umum. Menerusi luahannya dilaman sosial, Hanni Borhan kecewa dengan sikap suaminya yang hanya menjadikan beliau sebagai hamba seks dan juga tempat pengeluaran duit seperti mesin ATM. Lebih teruk lagi, suami Hanni Borhan yang dikenali sebagai remi turut terjerumus ke dalam penagihan dadah. Kisah perit Hanni Borhan kini mendapat perhatian dan sokongan moral oleh ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya dilaman sosial.


Biodata Hanni Borhan Jutawan Dijadikan Hamba Seks Suami

Nama Penuh: Hanni Binti Borhan

Umur: 27 Tahun

Asal: Klang Selangor

Pekerjaan: Ahli perniagaan dan pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD)

Nama Suami: Remi

Gelaran Pangkat: Dato Seri

Tahun Perkahwinan: 23 November 2012

Bilangan anak: 3 orang

Facebook: https://www.facebook.com/borhan.hanni

Produk Hanni Borhan Pengasas …

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.
Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Chuljin Yoon berkata, sebagai sebuah platform perniagaan runcit online, penyertaan CNI dalam atas talian adalah satu strategi yang penting.
"Menerusi kerjasama ini, CNI akan membuka rangkaian lain dalam menembusi pasaran dan dijangka akan meningkatkan jualan sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan.
"Kami yakin jumlah itu akan terus meningkatkan apabila CNI memperkenalkan pelbagai produk terlaris dalam platform ini," katanya. Sejak kerjasama pada Januari 2017, CNI telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di 11street daripada makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik serta makanan dan minuman.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh berkata, keputusan untuk menyertai digital dengan 11street berikutan keadaan persekitaran perniagaan semasa. "Sejak Januari lalu, kami mencatatkan peningkatan jualan ket…

5 Jenis Bisnes Pasti Untung (Kajian Kes) Tahun 2012

Perniagaan sentiasa dikaitkan dengan risiko. Risiko gagal dan risiko rugi. Kebanyakan kita sedia maklum dengan data yang menjelaskan 90% perniagaan tutup kedai pada tahun yang pertama. Ini tidak kira perniagaan itu jenis perniagaan online atau konvensional. Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama ditanggung oleh pemiliknya. Namun begitu, perniagaan sentiasa menjadi pilihan yang terbaik untuk mereka yang berminat untuk membina empayar, atau membuka lebih banyak pekerjaan. Perkongsian kali ini adalah berlandaskan dengan jenis perniagaan yang menguntungkan. Cara Selamat – Kaji Formula S&DBiasanya, para usahawan baru yang memulakan perniagaan tidak berlandaskan kajian S&D. Ia bermaksud supply & demand. Memulakan bisnes yang tidak mempunyai permintaan pasaran adalah bisnes yang berisiko yang tinggi. Formula supply & demand adalah formula luar biasa yang dapat membantu kita, untuk memulakan perniagaan yang dijamin ada potensi pelanggannya. Supply bermaksud kita bertindak se…

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI