Langkau ke kandungan utama

Majlis Pakatan Rakyat Sabah desak Kerajaan Umno BN beri penjelasan pencerobohan di Lahad Datu.

Terlebih dahulu , Majlis Pakatan Rakyat (PR) Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira negara serta berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kami berdoa agar mereka yang tercedera cepat sembuh.

Hari ini pada 12 Mac 2013, Majlis Pakatan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan tragedi pencerobohan di Lahad Datu.
Justeru itu, selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, kami telah membuat keputusan secara sebulat suara dan menuntut seperti berikut.

Majlis Pakatan Rakyat Sabah
1. Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sistem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.

2. Mendesak Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang dewan undangan negeri khas diadakan dengan segera.

3. Menyokong keputusan Pakatan Rakyat Pusat untuk mendesak sidang khas Parlimen dijalankan bagi membincangkan isu pencerobohan ini.

4. Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

5. Meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan agenda sebenar pertemuan beliau dengan pihak-pihak yang mendakwa mereka adalah ‘sultan sulu’ atau wakil-wakil mereka yang dijemput ke perhimpunan agung UMNO dan majlis-majlis lain.

6. Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.

7. Mendesak supaya Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri dan Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedi ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.

8. Menafikan tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.

Ahmad Thamrin Jaini
Pengerusi KEADILAN Sabah
Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah
Jimmy Wong
Pengerusi DAP Sabah
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)
Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing
Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS)
Aminudin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah

Sumber : SINI
 

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.

CNI Holdings Berhad, menjalin kerjasama dengan 11street dalam usaha untuk menerokai pasaran atas talian.
Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Chuljin Yoon berkata, sebagai sebuah platform perniagaan runcit online, penyertaan CNI dalam atas talian adalah satu strategi yang penting.
"Menerusi kerjasama ini, CNI akan membuka rangkaian lain dalam menembusi pasaran dan dijangka akan meningkatkan jualan sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan.
"Kami yakin jumlah itu akan terus meningkatkan apabila CNI memperkenalkan pelbagai produk terlaris dalam platform ini," katanya. Sejak kerjasama pada Januari 2017, CNI telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di 11street daripada makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik serta makanan dan minuman.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh berkata, keputusan untuk menyertai digital dengan 11street berikutan keadaan persekitaran perniagaan semasa. "Sejak Januari lalu, kami mencatatkan peningkatan jualan ket…

Menjadi Hamba Seks, Jutawan Kosmetik Jadi Tumpuan Ramai

Biodata Hanni Borhan jutawan kosmetik Jamu Susuk Dara dijadikan hamba seks oleh suami. Facebook Dato Seri Hanni Borhan mengemparkan ramai pengguna laman sosial apabila beliau meluahkan masalah rumah tangga kepada umum. Menerusi luahannya dilaman sosial, Hanni Borhan kecewa dengan sikap suaminya yang hanya menjadikan beliau sebagai hamba seks dan juga tempat pengeluaran duit seperti mesin ATM. Lebih teruk lagi, suami Hanni Borhan yang dikenali sebagai remi turut terjerumus ke dalam penagihan dadah. Kisah perit Hanni Borhan kini mendapat perhatian dan sokongan moral oleh ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya dilaman sosial.


Biodata Hanni Borhan Jutawan Dijadikan Hamba Seks Suami

Nama Penuh: Hanni Binti Borhan

Umur: 27 Tahun

Asal: Klang Selangor

Pekerjaan: Ahli perniagaan dan pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD)

Nama Suami: Remi

Gelaran Pangkat: Dato Seri

Tahun Perkahwinan: 23 November 2012

Bilangan anak: 3 orang

Facebook: https://www.facebook.com/borhan.hanni

Produk Hanni Borhan Pengasas …

Platinum Oil lantik pengedar baru di Kelantan

PLATINUM Oil & Gas (M) Sdn Bhd melantik pengedar utama baharu di Kelantan iaitu Sir Platinum Oil and Service yang diterajui oleh Pengarahnya, Mohd Kamal Ahmad Zukhi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, pemilihan Sir Platinum Oil and Service sebagai pengedar utama adalah berdasarkan keyakinan dan kesungguhan ditunjukkan Kamal @ Nasir.
“Semangat dan komitmen yang ditunjukkan Kamal untuk berkongsi manfaat dan kelebihan minyak enjin Platinum Oil cukup membanggakan. “Beliau juga mahu menyumbang serta menambah peluang ekonomi kepada seluruh penduduk khususnya di negeri Kelantan,” katanya. Mengikut statistik, jumlah persendirian yang berdaftar di Kelantan telah mencech hampir 980,000 pada tahun lalu.
“Oleh kerana itu, kami menyasarkan penguasaan sebanyak lima peratus daripada jumlah tersebut,” katanya. Jenama Platinum Oil ini juga merupakan 100 peratus milik bumiputera dan berjaya menembusi pasaran hingga 28 buah negara. Pihaknya turut menyasarkan mencapai sasa…

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI