Langkau ke kandungan utama

Calon Umno-BN: Naib Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim kecewa

Kamilia Ibrahim
Kamilia Ibrahim
 
SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan empat anugerah

Empat anugerah yang dimenangi adalah bukti usaha dan ketabahan AmInvestment Bank dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk.
AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan sebagai pemenang bagi empat anugerah pada anugerah tahunan Liga RAM kali ke-15 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Empat anugerah berkenaan dimenangi bagi kategori Pengurus Utama (Sukuk) 2017; Anugerah Pengurus Utama X 2017 bagi Nilai Program; Anugerah Lead Manager 2017; dan Anugerah Pengurus Utama (Sukuk) 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank dan Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank Group, Amina Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, menerima penghargaan ini daripada RAM adalah testimoni kepada inisiatif Kumpulan AmBank dalam memulakan perjalanan Top 4 kumpulan melalui usaha dan ketabahan dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk

sinar Harian online.
www.gajimasyuk.com

RAHSIA JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH HANYA DENGAN APLIKASI ANDROID AJAIB

RAHSIA JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH HANYA DENGAN APLIKASI ANDROID AJAIB JUTAWAN APPS!!

Pening memikirkan mahu cari duit tambahan?
Bagaimana mahu mencari duit tambahan secara santai-santai sahaja dengan mudah dan berkesan. Kini ada Aplikasi Android Jutawan App yang dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri bagi cari duit tambahan dengan handphone sahaja. Beli Aplikasi Android Jutawan App tersebut dan pasang sahaja Apps tersebut, maka Android anda mula boleh menjana duit tambahan dengan banyak setiap hari.
ANDA tak percaya ke ada kaedah cari duit tambahan dengan handphone sahaja? Teknologi sekarang sangat maju dan ada mereka yang bijak mampu mencipta Aplikasi Android untuk menjana duit tambahan untuk ANDA setiap hari. . Ianya sangat mengujakan semua orang. Ini bukti pendapatan & bayaran saya sendiri yang menggunakan Aplikasi Android tersebut hanya bermula pada 9 Ogos 2016 sahaja. Saya juga sama, percaya tidak percaya, namun memberanikan diri untuk beli dan pasang. Kemudian saya ikut …

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Iklan Penaja SHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Mac…

485 laporan polis kes penipuan pelaburan diterima

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene pada sidang media mengenai Analisis Prestasi Tahunan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Tahun 2015 di Menara 238 Jalan Tun Razak hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 485 laporan dengan kerugian lebih RM100 juta diterima polis sehingga Jun ini membabitkan kes penipuan pelaburan skim cepat kaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata dari siasatan yang dijalankan, kes penipuan itu terus berlaku kerana mangsa selalunya mudah terpedaya dengan pulangan wang lebih tinggi dari nilai yang dilaburkan.

"Mangsa juga dijanjikan faedah atau keuntungan yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen," katanya sambil menambah antara skim cepat kaya tersebut ialah Skim Piramid dan Skim Ponzi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Menara 238 di sini, hari ini.

Dalam kejayaan te…

Jutawan Muda Muhammad Naim Melancarkan Website replika milik Kumpulan MMG UIA

Foto Sumber FB miliknya
Kuala Lumpur - 28/3/2017 Kumpulan MMG UIA Tone Excel telah melancarkan sebuah laman web promosi miliknya yang diberi nama www.gajimasyuk.com . Di petik dari FB milik Presidennya Muhammad Naim sehingga ke hari ini pendaftaran sudah mencecah 500 ratus orang.



Website replika MMGUIA ini menjadi fenomena kepada pengguna simkad Tone Excel. Kepada yang berminat nak tahu apa isi kandungan website replika MMGUIA boleh melayari www.gajimasyuk.com .

Kepada ahli Tone Excel bukan kumpulannya juga boleh menyertai website replika MMGUIA ini yang hanya perlu membuat bayaran RM30.00 sahaja. sekali seumur hidup.

Muhammad Naim membuat LIve di FBnya pada 28/3/17 pada jam 5 petang semalam.

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI