Kalahkan Umno semasa mereka lemah, kata PAS kepada pengundi Kelantan

Nik Mohd Amar pada pelancaran manifesto: Keutamaan agama. — Gambar oleh Zurairi ARPASIR PUTEH, 24 April — Pemimpin PAS memberitahu pengundi Kelantan untuk mengalahkan Umno semasa parti tersebut berada dalam keadaan paling lemah, sambil mengakui malam tadi parti Islam itu mungkin tidak mempunyai peluang sebaik ini pada masa akan datang.

Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) semakin dekat sekarang kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah memberi amaran kepada rakyat Kelantan agar tidak “membuat kesalahan” mengundi calon Umno pada pilihan raya 5 Mei akan datang.
“Kita kena rebut peluang. Kalau kita main ‘gocoh’, kasi penumbuk paling kuat, biar tubik dari stage,” kata Nik Amar dalam dialek Kelantan merujuk kepada sukan tinju semasa pelancaran manifesto PAS untuk negeri tersebut.

Beliau menyelar keputusan Umno untuk meletakkan ulama sebagai calon dengan mengatakan PAS “meletakkan ulama sebagai pemandu”, akan tetapi Umno “meletakkan mereka dalam bonet”.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pelancaran manifesto.Menjawab kritikan Umno mengenai kegagalan PAS untuk membawa pembangunan kepada salah satu negeri termiskin di Malaysia itu, Nik Amar menegaskan pembangunan materi adalah kedua selepas pembangunan spiritual yang PAS telah bawa.

“Pembangunan kebendaan tak bawa kita ke mana-mana, pembangunan fizikal semata-mata membuatkan manusia bingung.

“Manusia takleh hidup kalau takde agama. Manusia takde agama takde nilai dalam hidup,” tambah beliau membandingkan agama dengan pembangunan fizikal seperti jalan, elektrik dan kedai serbaneka.

PAS Kelantan melancarkan manifesto sembilan perkara malam tadi mengatakan sengaja dikeluarkan lambat sedikit untuk menghalang BN daripada menirunya.
Walau bagaimanapun, hanya satu perkara dalam manifesto tersebut diberikan secara terperinci malam tadi iaitu janji untuk memastikan rakyat Kelantan menerima royalti minyak dan gas yang dikatakan dinafikan terhadap mereka.
Orang ramai pada bidang Majlis Perbandaran Pasir Puteh.Selebihnya mengenai manifesto tersebut akan diumumkan secara terperinci pada Khamis kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.

BN mengumumkan manifesto mereka untuk Kelantan awal bulan ini bertajuk “Rakyat di Hati, Janji Ditepati” yang memberi tumpuan kepada Islam, menjanjikan lebih banyak program keagamaan, pembinaan masjid dan memantapkan sekolah agama.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tujuh projek utama di Kelantan Januari lepas, termasuk lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Baru, pembinaan stadium baru dan masjid terbesar di negeri tersebut serta projek perumahan rakyat dengan permulaan 3,000 unit rumah.

Selain itu ianya turut menjanjikan pengenalan sistem pengangkutan awam Rapid Kota Baru, cawangan bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 orang pelajar dan projek untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

TheMalaysiaInsider


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan