KEADILAN Johor yakin 8 kerusi dalam genggaman

JOHOR 9 APRIL: KEADILAN yakin boleh menang sekurang-kurangnya lapan kerusi Parlimen di Johor pada pilihan raya kali ini.

Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng percaya, dengan kemenangan itu, Pakatan Rakyat mempunyai harapan cerah untuk menawan Johor sekaligus membenamkan Umno BN.
Setiap kali ceramah Pakatan Rakyat di Johor dapat sambutan hangat rakyat.
Setiap kali ceramah Pakatan Rakyat di Johor dapat sambutan hangat rakyat.

Katanya, ia berdasarkan sambutan rakyat yang menggalakkan dalam setiap program.
“KEADILAN sudah lama mengadakan pelbagai program penerangan seperti jamuan makan malam, ceramah umum dan kelompok.

“Rakyat Johor menerima maklumat yang secukupnya untuk menyokong Pakatan,” kata calon P140 Segamat yang diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Tangkak malam tadi.
Menurut Jui Meng, KEADILAN bertanding sebanyak 12 kerusi daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.
“Daripada 12 kerusi itu, KEADILAN yakin mampu menguasai sekurang-kurangnya lapan kerusi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.

Jui Meng berkata, sebagai calon Segamat, KEADILAN setempat menumpukan isu Felda dan Felcra kerana golongan itu merangkumi 12 daripada 43 peratus pengundi Melayu.
“Isu Felda dan Felcra seperti yang diterangkan dalam Buku Jingga lebih bertumpu kepada soal kos sara hidup. Kita pasti isu ini akan membantu melonjak sokongan mereka kepada Pakatan.

“Manakala komposisi kaum lain seperti Cina 47 peratus dan India sebanyak 4.7 peratus sudah menyatakan sokongan baik kepada Pakatan,” jelas Jui Meng.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, satu perhimpunan anjuran KEADILAN Johor akan diadakan di Segamat esok untuk meraikan kehadirannya sebagai calon kawasan itu pada jam 1.30 petang. – NS

KeadilanDaily


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan