Langkau ke kandungan utama

PAS Terengganu buat revolusi, 60% muka baru, calon wanita


(Antara muka-baru PAS Terengganu...dari kiri Dr Khairudin, Wan Azhar, Raja Bahrin, Ariffin dan Hishamudin)

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu benar-benar membuat revolusi dalam pilihan raya ini apabila hampir 60 peratus dari calonnya adalah muka baru.

20 dari 34 calon yang akan bertanding atas tiket PAS di Terengganu adalah muka baru yang belum bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Kesemua calon PAS di bawah Parlimen Besut dan Kemaman adalah muka baru dalam pilihan raya ini.

Bermula dari calon Parlimen Besut iaitu Ustaz Riduan Mohd Nor hingga ke DUN iaitu Kuala Besut (Nafisah Ismail), Kota Putera (Adam Said), Jerteh (Wan Azhar Wan Ahmad) dan Hulu Besut (Solahuddin Jaafar) adalah muka baru.

Di Kemaman juga kesemua calon PAS adalah muka baru iaitu DUN Kemasik adalah Alias Abdul Hamid, Kijal (Hazri Jusoh) Chukai (Hanafiah Mat) dan Air Putih (Abd Razak).

Di Kuala Nerus, dua calonnya adalah muka baru iaitu Dr Khairudin Aman Razali di Parlimen Kuala Nerus dan Hishamudin Abdul Karim di DUN Tepoh.

Di Parlimen Marang, dua muka baru diperkenalkan iaitu Ariffin Deraman di Alor Limbat dan Sulaiman Sulong di Pengkalan Berangan.

Beri laluan



(Tokoh-tokoh PAS Terengganu yang memberikan laluan...dari kiri Datuk Mustafa, Datuk Harun, Datuk Abu Bakar dan Datuk Wan Mutalib)

Antara nama-nama besar yang memberikan laluan kepada muka baru adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PASA Pusat), Datuk Abu Bakar Chik (AJK PAS PUsat) dan Datuk Wan Mutalib Embong (Timbalan Ketua JK Disiplin PAS Pusat).

Kesemua mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum ini.

Turut memberikan laluan adalah Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu di Alor Limbat, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang sekian lama bertanding di DUN Tepoh dan Datuk Husein Awang (bekas Speaker).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, sangat ramai calon PAS di Terengganu adalah anak muda dan muka baru diletakkan oleh PAS.

"Sebab itu kita meletakkan sasaran untuk menyumbangkan kerusi yang cukup untuk ke Putrajaya disamping mengambil semua negeri Terengganu dari tangan BN," kata Husam dalam sidang medianya 16 April lepas.

"Mesej yang kita hendak sampaikan kepada pengundi jelas, jenerasi baru perlu inspirasi baru," tambah Husam yang kini bertanding di Parlimen Putrajaya.


Calon wanita


Di samping itu, selepas lebih 50 tahun, PAS buat buat pertama kalinya meletakkan calon wanita sebagai calonnya.

Calon PAS itu, Nafisah Ismail akan bertanding merebut kerusi DUN Kuala Besut menentang penyandang kerusi berkenaan, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Kali terakhir PAS mempunyai calon wanita di Terengganu adalah pada pilihan raya 1959 iaitu Khadijah Sidek di Parlimen Dungun dan menang.

HarakahDaily


[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

BN resah pemimpin utama Pakatan tanding di Johor

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasiinal (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan  DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor.

Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (gambar) akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu.

Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan yang…

Penamaan KWSP, ramai 'serah kepada majikan'

KUCHING - Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakannya sedar mengenai peri pentingnya untuk menamakan penerima atau wasi bagi caruman mereka andai ditakdirkan mereka 'pergi' sebelum hari tua, malah ramai menganggap ia sebagai ‘tanggungjawab penting’.
Namun apabila unsur seperti polisi, terma, peraturan dan sebagainya diutarakan, tidak ramai dapat memberikan jawapan yang tepat, sebaliknya ramai menganggap ia  perkara enteng yang jarang-jarang sekali didengar apa-apa masalah mengenainya. Muhammad Elyias Omar, 30, perancang kewangan sebuah bank di sini, mengakui kenyataan ini kerana dalam tugasan hariannya, beliau perlu tahu mengenai selok belok pengurusan kewangan dan menurutnya beliau faham benar bahawa ramai yang ditemui mengambil mudah berkaitan soal penama KWSP.
Malah beliau sendiri sedar mengenai pentingnya soal penamaan selepas diberi taklimat semasa baharu memulakan tugas di bank itu kira-kira tujuh tahun lalu, selepas taklimat bel…

AWEK-AWEK CUN AJAK BUAT BISNES..RUGI TAK JOIN..

FOTO HIASAN.

[ IKLAN ] Bisnes Online..

Modal cuma RM55.00 untuk memulakan bisnes.

beli 1 lot = RM55 bonus anda RM400.00 
beli 2 lot = RM110 bonus anda RM800.00 
beli 10 lot = RM550 bonus anda RM4000.00 
beli 100 lot = RM5500 bonus anda RM40,000.00

Belilah berapa lot yang anda mampu...

Tiada paksaan...

Cuba anda perhatikan jika anda beli 4000 lot = RM220,000.00

Ini hasilnya : RM1,600,000.00

Anda sudah bergelar JUTAWAN!!!!! Mudah kan kan kan..

Sertai kami sekarang anda mampu megubahnya!!

Maklumat link kat sini :

* http://biz55.lot.my
* http://revobiziklan.blogspot.com
* https://www.facebook.com/UsahawanInternetBoss
* https://www.facebook.com/groups/geng2usahawan

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Petronas jana purata 850,000 tong minyak sehari

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) ketika ini memiliki 60 lapangan menghasilkan minyak dan gas di Sarawak yang mengeluarkan purata 850,000 tong minyak sehari, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. Beliau berkata, sektor minyak dan gas di Sarawak juga diperluaskan ke aktiviti hiliran sambil menambah kilang pembuatan kimia pertama di Bintulu dibina pada 1980.
Petronas memulakan rangkaian stesen minyak runcit pada pertengahan 1980an, katanya. “Kini terdapat 81 stesen minyak dikendalikan oleh orang Sarawak, menyediakan bahan api kepada bandar-bandar di negeri ini yang sedang berkembang maju dan juga kawasan di luar bandar. “Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan kami untuk berkembang di Sarawak dan menambah nilai kepada sumber minyak dan gasnya,” katanya. Wan Zulkiflee berkata demikian pada majlis permeterian kontrak antara Petronas Carigali Sdn Bhd dan Brooke Dockyard and Engineering Works Corp di sini, hari ini. Beliau berkata,…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI