22 NGO Cina tampil gesa tolak hudud [ PAS kena kerja Keras ]

 

  Sekumpulan NGO Cina menyuarakan penolakan mereka terhadap rancangan melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan dan hasrat PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Parlimen.

Dalam kenyataan bersama 21 NGO hari ini, mereka berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Malaysia sebuah negara sekular dan ia ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998.

“Kami gesa pemimpin PAS lebih sensitif terhadap pandangan dan hak masyarakat bukan Islam di negara ini,” kata mereka.

Kumpulan-kumpulan itu juga berkata, rang undang-undang itu mampu memberikan kesan terhadap kontrak sosial dan demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Justeru, mereka menggesa PAS menarik balik cadangan membentangkan rang undang-undang itu dan menghormati suasana pelbagai budaya dan kepercayaan di Malaysia.

Kenyataannya antaranya dikeluarkan oleh dewan perhimpunan Cina beberapa negeri, persatuan guru-guru dan alumni serta persatuan Buddha dan Dong Zong.


Malaysiakini

Ulasan