Exco Selangor, Teng balas kritikan ahli DAP Selangor

 



http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/07/program-wang-cash-dari-kami-usahawan.html
  Datuk Teng Chang Kim hari ini menempelak rakan partinya sendiri, DAP, kerana mengkritik kehadiran beliau dalam majlis menandatangai perjanjian industri air antara Selangor dan Putrajaya minggu lalu.

Teng yang juga exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor berkata kritikan itu menunjukkan "ketidakmatangan".

"Saya fikir itu (kritikan) menunjukkan ketidakmatangan mereka (wakil rakyat DAP) dalam politik. Mereka tidak dapat membezakan politik dan pentadbiran. Saya kasihankan mereka," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rakan parti beliau, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ketua publisiti DAP Selangor, Ronnie Liu secara terbuka mengkritik Teng kerana terlibat dan menyokong perjanjian yang belum dipersetujui Pakatan Rakyat.

Ng hari ini meluahkan kekecewaan beliau terhadap Teng di laman Facebooknya kerana hadir bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut, yang didakwa Ng sebagai tidak menghormati parti.

"Adakah beliau (Teng) sudah lupa tanggungjawab terhadap parti," kata Ng.

Liu pula mempersoalkan sama ada Teng mengetahui kandungan dan impak perjanjian tersebut terhadap Selangor, parti dan Pakatan Rakyat.

Teng dengan tegas menyatakan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, Ng dan Liu perlu menghormati beliau.

"Saya sebahagian dari CEC. Ng Sze Han tidak, jadi saya sebahagian dari pasukan yang membuat keputusan (untuk DAP).

"Dia tidak sampai ke status itu, tidak sepatutnya dia buat kenyataan tanpa pemahaman," kata Teng, tegas.


Malaysiakini

Ulasan