Laman sosial Ummaland cabar populariti Facebook

ummaland-logo-600x212
IKLAN
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/04/kain-baju-kurung-dan-telekung-terkini.html
SHAH ALAM, 6 OGOS : Sebuah laman sosial baru yang dikenali sebagai Ummaland kian mendapat perhatian dunia apabila ia kini mencecah kira-kira 94,046 pengguna sejak ia mula dilancarkan.

Menariknya, meskipun konsepnya sama seperti aplikasi Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg, namun rangkaian sosial terbaru ilham Maruf Yusupov dari Uzbekistan itu dikhususkan untuk umat Islam berinteraksi dan berkongsi pandangan di antara satu sama lain.

Ummaland1Idea terbaru itu menumpukan kepada pendidikan Islam, peningkatan diri dan interaksi sosial bermanfaat untuk menjadikan umat Islam lebih produktif dan bersatu sebagai sebuah masyarakat.

Visi penubuhannya adalah bersandarkan kepada beberapa perkara antaranya penyatuan ummah, pendidikan, produktiviti, amal dan bertindak melebihi percakapan terutama berhubung Islam.

“Kita berhasrat untuk menyatukan ummah dan saudara Islam secara dalam talian di bawah satu bumbung supaya semua pihak mendapat manfaat daripada kemahiran dan kreativiti masing-masing.

“Kami percaya pendidikan Islam yang sempurna adalah penyelesaian kepada kebanyakan cabaran seharian, maka disebabkan pendidikan Islam diintegrasikan sebagai ciri-ciri teras rangkaian kami,” kata Maruf dalam sebuah portal.

Katanya bagi terus menjayakan rangkaian sosial terbaru itu, institusi Islam seluruh dunia dialu-alukan untuk menyertai Ummaland dalam menjayakan usaha ini.

Berbeza dengan rangkaian sosial lain yang hanya mempromosi “likes” dan “share” sahaja, Maruf berkata Ummaland mahu mengubah sikap itu kepada sesuatu yang akan diambil tindakan.

“Sebagai contoh, jika masjid atau masyarakat tempatan memerlukan sokongan, kita mungkin dapat melawat dan membantu mereka secara peribadi.

“Kita juga tahu bahawa umay Islam mahukan rangkaian sosial sendiri untuk penyatuan ummah.
“Jadi kami minta anda untuk melawat www.Ummaland.com dan mencubanya sendiri,” katanya.

Selangorkini

Ulasan