PR Selangor tambah majoriti PRU-13, tak sama dengan Kedah

PAKATAN RAKYAT
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/07/program-wang-cash-dari-kami-usahawan.html
SHAH ALAM, 31 JULAI: Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tidak boleh dijadikan ukuran kepada kejatuhan PR Selangor jika negeri itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Hal ini berikutan PR Selangor berjaya memperoleh majoriti lebih besar pada PRU-13 berbanding sebelumnya.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata Kerajaan PR Kedah pula hilang kuasa pada PRU sama.

“Kedah dan Selangor sudah tentu tak sama kerana Kedah hilang dalam PRU-13, sedangkan Selangor masih kekal dengan majoriti lebih besar dalam PRU-13.

“Rakyat menghargai peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Khairuddin berkata, kemenangan atau kemerosotan prestasi PR dalam PRU-14 bergantung sepenuhnya kepada kestabilan negeri dan kebajikan yang diturunkan kepada rakyat.

khairuddin othman

Pada PRU-12, PR berjaya merampas Selangor, Kedah dan Perak daripada Barisan Nasional (BN), namun BN kemudiannya berjaya merampas Perak melalui satu rampasan kuasa kira-kira setahun selepas itu dan turut berjaya merampas kembali Kedah, pada PRU-13 lalu.

Bagaimanapun, Selangor yang diterajui Abdul Khalid berjaya melebarkan penguasaan PR dengan menambah lapan lagi kerusi kepada 44 iaitu kemenangan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor.

Selangorkini

Ulasan

  1. dulu jalan kat kwsn rumah saya hari2 ada org sapu. sejak pru lepas, tak ada lagi. jimat rm3bil tapi kebajikan rakyat tergadai. kat rumah mb mesti hari2 ada org sapu jalan. kalau tak kontrak ke terminate.

    BalasPadam
  2. Saya menjadi kurang minat dengan TSKI apabila beliau mendapat coverage meluas dalam media perdana yang selama ini selalu memutarbelitkan berita tentang Pakatan Rakyat. Kedegilan dan perangai UMNO nya semakin terserlah bak kata dari UMNO dia datang kepada UMNO dia kembali. PAS yang selama ini saya sokong telah melihatkan bagaimana geng geng aliran agama dan mereka yang menggelarkan diri mereka ini ulama walaupun fakih dalam agama telah menzahirkan kejahilan tahap tertinggi dalam sahsiyah. Saya melihat geng ustaz dan ulamak ini telah menzahirkan kecurigaan mereka yang jelas terhadap gologngan profesional dan golongan bukan aliran agama seolah olah agama ini semata mata hak mereka dan PAS adalah parti atuk moyang mereka. PAS kembali menjadi parti seperti dulu dipelopori geng ustaz dan ulamak yang sibuk mengajar sedangkan nak mengikuti rentak teknologi semasa pun jahil. Setakat facebook apalah sangat. Banyak pemimpin yang hebat mutakhir ini bukan ari golongan ulamak tetapi adalah turut profesional. Biarlah PAS bersama ustaz ustaz nya kembali mengamalkan politik kampungnya. Semoga PAS kembali bertapak di kampung dan kembali seperti dulu....wujud tetapi tidak signifikan mealinkan untuk baca doa dan tahlil.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..