PAS TETAP PERTAHAN PRINSIP PERJUANGAN LAKSANA UNDANG-UNDANG ISLAM


Pas memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi, sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80% pengundi di negeri itu.

Kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam SeMalaysia PAS.

Mengikut kajian kami, lebih 70% masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya
Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ianya hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.

Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama-agama lain terutamanya Agama Islam yang telah dijamin sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Dato' Mahfodz Mohamed
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS
13hb Disember 2014

Ulasan