Ketua Polis Dearah Kemaman Kemalangan...

http://biz55.lot.my/


Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam dilapor masih kritikal namun stabil selepas menjalani pembedahan pagi tadi setelah terlibat dalam kemalangan semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata Che Suza selamat menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan pukul 5.40 pagi.

"Namun beliau kini masih tidak sedarkan diri di wad Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata isteri Che Suza, Mazlina Mokhtar turut stabil di wad kecemasan.

Pasangan suami isteri ini terbabit dalam nahas di KM 269.4, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Cheneh dekat Kuantan pada pukul 8.45 malam ketika dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Kuantan.

Kenderaan mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.


Malaysiakini

Ulasan