Latih pelajar tulis al-Quran‎

Latih pelajar tulis al-Quran‎

KOTA BHARU - Madrasah Tahfiz AlHuda, Kubang Kerian mencipta keunikan tersendiri apabila mendidik pelajarnya bukan sahaja membaca dan menghafal, sebaliknya mereka turut dilatih menulis al-Quran.

Pengetuanya, Rizdwan Abd Ghani berkata, usaha berkenaan dilakukan sejak setahun lalu dalam usaha membolehkan pelajar mudah menghafal, sekali gus menghargai setiap patah perkataan yang terkandung dalam al-Quran.

“Saya ada mendengar ceramah sebelum ini yang menyarankan penulisan al-Quran secara manual (tulis tangan) dilakukan dalam usaha mengenali al-Quran dan kami sudah melakukannya sejak tahun lalu.

“Setakat ini, 20 pelajar sudah mempunyai buku berkulit tebal dan diwajibkan menulis al-Quran dan selepas digunakan, ia disimpan di dalam rak untuk kemudahan koleksi kami,” katanya kepada Sinar Harian semasa menerima kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub  di Madrasah Tahfiz AlHuda, kelmarin.


Turut hadir, Ketua Pentadbiran Madrasah Tahfiz AlHuda, Mat Ludin Muhammad.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha menulis al-Quran tersebut terpaksa dihentikan sejak beberapa bulan lalu memandangkan kekangan kewangan.

“Harga buku kulit tebal itu RM40 sebuah dan sebelum ini kami hanya mampu menyediakan 20 buku sahaja,” katanya.

Sinar Harian

Ulasan

  1. satu usaha yang bagus. saya sokong sepenuhnya. saya harap ia dapat membantu anak anak muda agar brminat dengan al quran . mari la kita sama sama menolong madrsah ini,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..