Pemberian BR1M peringkat kedua esok

BR1M 3.0

KUALA LUMPUR - Kementerian kewangan memaklumkan bahawa penerima BR1M peringkat kedua akan menerima wang mereka esok (28 Julai 2015).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, ini selaras dengan pengumuman Bajet 2015, di mana kerajaan telah memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

"Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015 sehubungan itu pembayaran BR1M peringkat kedua akan bermula pada 28 Mei 2015 (Khamis) yang melibatkan 4.65 juta penerima.

"Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada ‎141,670 penerima," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Husni berkata‎ penerima BR1M peringkat kedua akan menerima secara terus pembayaran tersebut menerusi kredit bank.


"Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing, manakala bagi mereka yang tiada nombor akaun surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB, dan Public Bank berhampiran," katanya.

Sinar Harian

Ulasan