Langkau ke kandungan utama

Perlukah balik kampung untuk beraya?

Perlukah balik kampung untuk beraya?
 
KUALA LUMPUR - "Kalau raya Jumaat, Khamis malam baliklah." 
 
"Berapa lama cuti?" "Balik mana tahun ni?" Perbualan rakan sepejabat ini semakin rancak. 
 
Nampak gaya topik sudah bertukar. Kalau pada awal Ramadan, mungkin ramai yang sibuk bertanya "apa nak makan untuk buka puasa" atau "nak pergi pasar Ramadan mana hari ni?"  
 
Semakin dekat lebaran, semakin ramai yang mungkin tidak sabar-sabar memulakan perjalanan "balik kampung". 
 
Seronoknya balik kampung 
 
Hendak tahu seronok atau tidak balik kampung, dengar sahaja lagu "Balik Kampung" dendangan penyanyi yang juga penghibur nombor satu tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. 
 
Perjalanan jauh tak ku rasa Kerana hati ku melonjak sama 
 
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
 
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
 
Balik kampung ho ho
Balik kampung ho ho
Balik kampung ...
Hati girang
 
Mendengar sahaja lagu ini, pasti perasaan membuak-buak mahu segera balik kampung. 
 
Yang memang wajib balik kampung ini, mungkin sudah merancang untuk bercuti raya sebelum tiba Ramadan lagi bagi memudahkan urusan perjalanan, permohonan cuti dan mungkin juga untuk menyediakan bajet. 
 
Balik kampung, bagi mereka satu tradisi yang menjadi kemestian dan satu kepuasan, kesempatan merakam memori indah, bersama ibu ayah, adik-beradik dan sanak saudara. 
 
Untuk yang tidak dapat balik, mungkin air mata sahaja yang menemani kesedihan hati terutamanya apabila mendengar takbir raya atau dendangan lagu "Suara Takbir" dan "Dendang Perantau" oleh biduan negara P. Ramlee. 
 
Faktor ibu bapa 
 
Kebanyakan rakan FB penulis yang diajukan soalan "Perlukah Balik Kampung Untuk Beraya senada memberikan jawapan "Wajib atau Perlu Sangat". 
 
Bagi mereka, tujuan utama balik kampung adalah untuk bertemu emak dan ayah. 
 
Ustaz Nur Syamsul Abd Roni, Penolong Hal Ehwal Islam, Unit Pendidikan, Masjid Negara memberitahu Bernama, emak dan ayah adalah harta paling bernilai di muka bumi ini.  
 
Seorang anak, tambahnya wajib berjumpa emak ayah di pagi raya untuk mendapatkan keampunan. 
 
"Bagi kita yang duduk di perantauan, inilah masanya wajib balik jumpa emak ayah. 
 
"Tidak ada kegembiraan yang lebih hebat selain daripada berjumpa emak dan ayah. Hatta orang yang sudah tidak ada emak dan ayah, di pagi raya orang yang mereka akan ingat ialah emak dan ayah," katanya. 
 
Untuk mereka yang mungkin menjadikan GST, kenaikan kos sara hidup atau hendak berjimat sebagai alasan tidak balik kampung, beliau berkata restu doa emak dan ayah membawa keberkatan rezeki. 
 
"Rezeki dari ALLAH. Hari raya baliklah, kegembiraan emak ayah terpancar jelas menunggu kepulangan anak dan cucu," kata Nur Syamsul. 
 
Perlu rancang 
 
Balik kampung bagi mereka yang sudah berkeluarga memerlukan lebih sedikit perancangan berbanding yang bujang. 
 
Pasangan suami isteri yang berlainan kampung terutamanya pandai-pandailah mengatur supaya balik kampung tidak menjadi isu "perang besar atau punca bercerai-berai." 
 
"Bila sudah berkahwin, memanglah sangat berbeza. Masa bujang senang sahaja saya balik kampung naik ETS (electric train service). Sejam lebih dah sampai," kata penjawat awam, Nana Deeyana yang berasal dari Ipoh, Perak. 
 
Memandangkan suami Nana berasal dari selatan tanah air, Johor Baharu, pasangan ini akan balik kampung mengikut giliran. 
 
"Tahun lepas saya balik ke rumah emak mentua di Johor Bahru dan hanya balik ke Ipoh pada hari raya ketiga. 
 
"Balik ke Johor Bahru tak teruk sangat. Balik ke Ipoh jalan jem. Semuanya kena rancang betul-betul untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan, " kata Nana yang menambah baginya suasana malam raya yang paling nostalgik. 
 
"Emak dan opah bergotong royong masak macam-macam. Makanan wajib hari raya di Ipoh ialah ketupat palas, lemang dan rendang tok," katanya. 
 
Mengimbau kenangan silam 
 
Bagi Akmar Farwiz, 30-an, beraya di kampung satu kemestian meskipun kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia.  
 
Banyak kenangan beraya di kampung yang masih segar dalan ingatan anak muda yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini. 
 
Emak Akmar meninggal dunia akibat sakit ahmar pada tahun 1995. Ketika itu, beliau sedang mengikuti kursus persediaan di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 
 
Ayahnya pula kembali ke rahmatullah pada bulan Mac tahun ini. 
 
"Bagi saya hari raya meriah bila ada keluarga. Walaupun orang tua sudah tiada saya masih balik ke kampung kerana pusara ayah dan ibu ada di sana. 
 
"Lagi pun banyak kenangan dan saya masih ada ibu tiri yang menjadi tanggungan saya di samping keluarga arwah abang saya yang sulung," kata Akmar, anak bongsu daripada empat beradik ini. 
 
Antara suasana hari raya yang begitu nostalgik bagi Akmar ialah kemeriahan rumah yang dipenuhi anak-anak murid emak dan ayahnya. 
 
"Emak dan ayah adalah guru sekolah. Jadi bila hari raya meriahlah anak-anak murid datang dengan ibu bapa mereka sekali," kata Akmar yang pernah mengikuti pengajian perpustakaan dan sains maklumat di Jepun. 
 
Juadah hari raya yang biasa dimasak ibu Akmar ialah lontong dan kuah lemak kuning yang dicampur fucuk, tauhu, tempe dan kacang panjang. 
 
"Ayah saya orang Melaka. Mungkin di rumah kami ini satu-satunya rumah di Kelantan yang masak lontong," katanya. 
 
Banyak lagi kenangan manis beraya di kampung mengusik emosi Akmar menjelang lebaran. 
 
"Emak dan ayah selalu bawa kami empat beradik berjalan naik kereta masuk kampung beraya di rumah kenalan mereka. 
 
"Di kampung tak banyak boleh kutip duit raya tapi seronok dapat makan macam-macam kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok bunga dan jala mas," katanya. 
 
Lebih meriah 
 
"Suasana hari raya di kampung lebih meriah kerana ada orang tua, saudara mara dan jiran tetangga. 
 
"Hari raya juga memberi peluang untuk mendampingi orang tua, saudara mara demi memupuk hubungan kekeluargaan" ini pula pandangan LH Teh, 53, yang berasal dari Kubang Pasu, Kedah. 
 
Meskipun Teh berbangsa Cina tetapi hari raya adalah dekat dengan hatinya kerana beliau membesar di tengah-tengah masyarakat orang Melayu.   
 
Beliau yang juga tidak melepaskan peluang balik kampung apabila cuti raya berkata, berhari raya di kampung mengimbas kembali pengalaman semasa muda yang menyeronokkan. 
 
"Keputusan balik kampung juga mengambiil kira keperluan untuk rileks, berehat dengan harapan melepaskan beban tekanan sama ada tekanan hidup, pekerjaan atau perniagaan. 
 
"Kajian menunjukkan mereka yang tinggal di kota dan bekerja kuat mencari nafkah hidup menghadapi tekanan hidup sehingga menghidap pelbagai penyakit tiga tinggi iaitu darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula yang tinggi dalam darah," katanya.
 
Menurut Teh, bagi orang Cina, pulang ke kampung sendiri untuk menemui orang tua dan saudara-mara turut mendatangkan semacam kepuasan kepada diri mereka yang berjaya di dalam kerjaya atau bisnes masing-masing. 
 
"Balik ke kampung sepertilah untuk membuat "laporan kejayaan' masing-masing kepada orang tua dan ahli-ahli keluarga di sana. 
 
"Kejayaan itu tidak perlulah besar sangat atau menggemparkan. Memadailah sekiranya mereka berupaya mencari wang untuk menyara kehidupan keluarga,"katanya.

Sinar Harian

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Rahsia Kejayaan Jutawan Datuk Seri Vida didedahkan

Hasmiza menghasilkan produk berkualiti dengan jualan tinggi.
BAIK orang dewasa mahupun kanak-kanak, sebut sahaja nama 'Datuk Seri Vida' atau 'Qu Puteh', pasti wajahnya segera terbayang di depan mata. Berpakaian serba glamor, diserikan pula dengan pelbagai hiasan 'bling-bling', termasuk cincin berlian di jari jemari dan semestinya crown yang bernilai hingga ratusan ribu, pemilik nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, kini berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi empayar perniagaannya.

Akui Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, beliau bukannya sengaja mahu mencipta publisiti atau mempamerkan kemewahan diri, sebaliknya ia adalah sebagai satu identiti untuknya mengetengahkan produk keluarannya.

Menyedari percaturannya itu turut diguna pakai oleh segelintir usahawan lain bagi mengetengahkan produk masing-masing, Hasmiza bagaimanapun menasihatkan agar mereka jangan terlalu ghairah sehingga merendahkan maruah sendiri.

"Imej ken…

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Sekolah Niaga: Peradaban digital

SEPANJANG minggu ini saya berada di Jakarta. Anak anak muda dalam tim bisnes kami sedang mengatur gerak langkah. Pemasaran secara digital berjalan lancar. Gerak tindak lanjut dalam pengiklanan di FB, Google Adwords dan Youtub Marketing berjalan sebagai sepatutnya dan ia nampaknya mengena pada sasaran.
Dapatkan data. Data adalah perkara mahal dan berharga. Dengan data yang ada kita boleh guna pelbagai pendekatan untuk pengaruhi mereka (baka pelanggan) untuk akhirnya membeli apa yang kita mahu jual. Data dan informasi menjadi basis penting dalam perekonomian dan ia adalah senjata strategis dalam persaingan.Kesimpulan utama yang saya fahami minggu ini adalah perusahaan harus berubah dari “product based” kepada “platform based”. Jadi kata kuncinya apa ? Platform FB. Platform Instagram. Platform Twitter. Platform What’sapp. Platform Youtube. Baea semua ini ke Website. Ia perkara baru bagi generasi lama seperti saya. Perubahan dari peradaban revolusi industri, era saya belajar untuk jadi pin…

Jutawan Muda Muhammad Naim Melancarkan Website replika milik Kumpulan MMG UIA

Foto Sumber FB miliknya
Kuala Lumpur - 28/3/2017 Kumpulan MMG UIA Tone Excel telah melancarkan sebuah laman web promosi miliknya yang diberi nama www.gajimasyuk.com . Di petik dari FB milik Presidennya Muhammad Naim sehingga ke hari ini pendaftaran sudah mencecah 500 ratus orang.



Website replika MMGUIA ini menjadi fenomena kepada pengguna simkad Tone Excel. Kepada yang berminat nak tahu apa isi kandungan website replika MMGUIA boleh melayari www.gajimasyuk.com .

Kepada ahli Tone Excel bukan kumpulannya juga boleh menyertai website replika MMGUIA ini yang hanya perlu membuat bayaran RM30.00 sahaja. sekali seumur hidup.

Muhammad Naim membuat LIve di FBnya pada 28/3/17 pada jam 5 petang semalam.

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI