Langkau ke kandungan utama

Penyerang import T-Team azam hasil lebih banyak gol

 290324_heroa-600x3601-600x360

Lima gol yang dihasilkan pendatang baru pasukan T-Team, Tomislav Busic ketika menentang SPA Putrajaya dalam saingan Liga Perdana semalam, menyuntik semangat untuknya menghasilkan lebih banyak jaringan.

Penyerang berasal dari Croatia itu berkata dia mahu terus menghasilkan gol bagi membantu pasukan kelab berkenaan mencipta kejayaan lebih besar.

Namun, Busic mengakui komitmen serta semangat juang rakan sepasukan amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat itu.

“Saya gembira dapat menghasilkan beberapa jaringan untuk membantu pasukan berada di kelompok atas liga,” katanya selepas T-Team kenduri gol dengan menewaskan SPA Putrajaya 7-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

T-Team kekal di tangga kedua liga di belakang Kedah, atas kelebihan jaringan selepas terikat 42 mata dengan Pulau Pinang.

Busic mencatat nama selaku penjaring seawal minit ketiga diikuti empat gol lagi pada minit 27, 45, 49 dan 77 manakala dua lagi gol dihasilkan Sadriddin Abdullaev menerusi sepakan penalti minit ke-57 dan Muhammad Zulhanizam Shafine, dua minit selepas itu.


Pemain berusia 29 tahun itu berkata lima golnya malam tadi adalah yang terbanyak pernah dihasilkan sepanjang kerjayanya dalam bola sepak.

Busic mengisi kekosongan bekas kapten pasukan itu, David Faramola Oniya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Sementara itu, jurulatih Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan kemenangan menerusi jaringan yang besar selepas pasukannya gagal menang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya gembira dengan jaringan besar ini kerana sebelum ini hanya mampu mencatat keputusan seri. Akhirnya kami dapat juga tiga mata berharga,” katanya.

http://bm.therakyatpost.com

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB

Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu. CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.
Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.
“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.
“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang …

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Iklan Penaja SHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Mac…

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2016

Berdasarkan kedudukan ranking senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016 Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Mal…

Hai-O (Hairuddin Omar) juga lincah di dapur

HAI O, bukan nama asing dalam arena bola sepak negara. Tetapi adakah anda tahu, selain lincah di padang, beliau juga lincah di dapur ketika memasak di restoran miliknya, Restoran Adeq Sue Ikan Bakar di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.

Dari bintang bola sepak, pemilik nama sebenar Hairuddin Omar ini sekarang sudah bergelar Pengarah Eksekutif Pemasaran Adeq Sue Resources Sdn Bhd (Adeq Sue).  

Jika ada masa luang dan tiada latihan bola sepak, Hai O, 35,  menguruskan restorannya bahkan beliau tidak kekok membasuh pinggan dan gelas.

“Semua bermula pada 2011, saya berbincang dengan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan dalam keluarga, kakak saudara saya, Shukuriah Abd Ghafar atau Kak Sue berkemahiran dan pandai memasak, jadi kami sepakat buka restoran.

“Modal permulaan untuk buka restoran adalah RM150,000 dikongsi bersama Kak Sue dan suaminya, Mohd Kamal Ariffin yang menguruskan bahagian kewangan. Kos itu meliputi kos membangunkan kawasan restoran yang me…

iPay88 sasar Timur Tengah

Kok Long menjelaskan mengenai perancangan iPay88.
SYARIKAT iPay88 Sdn Bhd (iPay88) kini menyasarkan meluaskan pasaran e-dagang ke Timur Tengah.
Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Long berkata, iPay88 telah pun diiktiraf dan dipercayai di rantau Asia seperti Hong Kong dan Bangladesh. Menurutnya, iPay88 menjangkakan peningkatan pendapatan dari pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun ini.
"Walaupun Malaysia masih mengetuai dari segi pertumbuhan hasil, dari segi jumlah jualan, iPay88 melihat pertumbuhan 34 peratus di Indonesia untuk suku pertama dan kedua 2017 berbanding dengan tempoh yang sama pada 2016.
"Jumlah urus niaga di Indonesia juga meningkat sebanyak 97 peratus tempoh yang sama. Jumlah jualan di Filipina meningkat sebanyak 64 peratus dan jumlah urus niaga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 44 peratus.
"Bangladesh adalah peserta akhir dalam sektor e-dagang, namun ia telah mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dalam masa yang singkat," kata…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI