Langkau ke kandungan utama

Seks tarikan ajaran sesat

 kahwin

BAGI kelangsungan hidup satu ajaran yang telah diisytiharkan sesat dan haram, tidak sedikit kumpulan menyeleweng menggunakan beragam cara termasuk dengan melanggar ketentuan agama. Salah satunya menggunakan umpan seks.

Nama juga ajaran sesat, meskipun tahu seks yang tiada ikatan sah itu haram dan bertentangan nilai-nilai sosial kemasyarakatan, namun perkara itu seolah-olah dijadikan senjata ampuh untuk meraih ahli dan simpati orang ramai.

Dalam Islam, ‘hal ehwal’ seks telah diinstitusikan melalui perkahwinan. Menerusi institusi ini, keperluan seks tidak hanya bagi memenuhi kehendak syariat Islam, akan tetapi ‘seks syari’e ini menjamin terbentuknya generasi yang diridai oleh Allah.
Dalam kamus ajaran sesat, keperluan seks yang berasaskan hukum syarak, hanya akan menghilangkan kerelevanan identiti dan kewujudan mereka.

Sebab itu didapati dalam ajaran sesat, seks diamalkan secara bebas tanpa ada kawal selia agama hatta oleh kepimpinan tinggi kumpulan tersebut.
Malah, ada sesetengah ajaran sesat mengamalkan ritual seks secara berjemaah (beramai-ramai) dan terbuka dan merupakan satu ritual yang diyakini sebagai memantap dan mengukuhkan lagi pegangan mereka.


Salah satu tugas ketua negara adalah menjaga keselamatan akidah orang Islam dan kesucian agama daripada dicemari oleh ajaran sesat atau penyelewengan dalam agama Islam terutama berkaitan dengan akidah.

Tidak dinafikan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), telah berusaha menangani persoalan ini walaupun diakui masih terdapat 34 lagi ajaran sesat yang masih aktif.
Ajaran sesat tidak boleh diambil ringan dan perlu diberi keutamaan oleh pimpinan negara kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Akhir-akhir ini, kedengaran isu nikah secara batin yang dilakukan secara orang perseorangan atau secara berkumpulan yang berselindung di sebalik nama institusi perbomohan.
Walaupun perkembangan teknologi yang serba canggih dan pembangunan manusia yang serba moden dan kompleks, perkhidmatan bomoh, pawang dan dukun masih lagi menjadi tumpuan masyarakat.

Dari dahulu lagi isu nikah batin ini sukar untuk ditangani kerana mereka pandai menyembunyikan dan sesetengahnya berselindung disebalik ajaran tasauf.
Atas dasar kepentingan diri sendiri, institusi bomoh dan perdukunan dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan ada pihak yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan membuat penganut taksub kepada pemimpin mereka sehingga rela mengorbankan apa sahaja hatta isteri yang dicintai untuk kepuasan pemimpin mereka.

Walaupun perlakuan segolongan ini tidak dapat diterima akal, tetapi ketaksuban ini menjadikan mereka lupa diri sehingga menimbulkan masalah yang berpanjangan kepada masyarakat sekeliling.
Biasanya gejala penipuan dari bomoh palsu melibatkan jenis perbomohan seperti rawatan kebatinan, ilmu guna-guna dan azimat, sehinggalah kepada soal nikah batin yang sudah lama wujud dalam masyarakat Islam, tetapi jarang yang menyedari kewujudannya.

Nikah batin muncul dalam masyarakat penganut Islam gara-gara ajaran tarikat sesat di mana ia dihubungkaitkan dengan makam kasyaf guru tarikat sesat itu yang kononnya mendapat ilham rabbani di mana seorang murid perempuan dikahwinkan oleh Tuhan dengannya.
Nikah batin ini lebih sesat dari nikah mutaah. Jika nikah mutaah pernah dibenarkan dalam Islam yang kemudiannya dimansuhkan oleh Nabi SAW, sebaliknya nikah batin tiada sebarang hujah dalam Islam.

Oleh kerana pengikutnya sudah diindoktrinasi (dirasuk fikiran) menerima gurunya sebagai orang yang memperoleh ilmu kasyaf dan ilmu ladunni (iaitu ilmu terus dari Allah) maka, soal nikah batin itu dianggap pencapaian taraf guru yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Lalu guru mursyid tarikat sesat itu boleh berzina dengan sesiapa sahaja dari kalangan murid perempuan yang cantik dan memberahikan, sehingga berlaku isteri murid tersebut bernikah batin dengan gurunya.

Di Malaysia sahaja setiap ajaran sesat mengumpan mangsa-mangsa mereka dengan “syurga rahsia” iaitu dengan istilah lain ialah “nikah batin”.

Untuk mengenali ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia, di antaranya ialah golongan ini memansuhkan Syariat Islam dan mengadakan syariat baru, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamal suluk, penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin, menghalalkan nikah adik-beradik, semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin, murid-murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya dan bagi mereka Islam itu ada zahir dan batin, zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi maka kulit tidak berguna lagi.

Mereka ini juga mengaku sebagai Imam Mahdi dan menggunakan seks sebagai tarikan kepada ajaran mereka dan kebanyakan yang menjadi mangsa mereka adalah wanita.
Di kalangan wanita Islam yang sering tertipu oleh perangkap guru tarikat dengan nikah batin ini adalah dari kalangan mereka yang jahil dan tiada pengetahuan asas agama.

Dari hakikat ini, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah itu yang timbul akibat kegiatan ajaran sesat yang muncul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Jakim sebagai agensi pusat yang menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam haruslah meningkatkan lagi usaha membanteras gejala ajaran sesat ini di samping peranan pihak berkuasa agama negeri menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas tanpa kompromi dengan golongan ini.

Perbomohan palsu yang dipelopori oleh orang perseorangan atau berkumpulan juga merupakan sebahagian daripada ajaran sesat yang boleh membawa ancaman kepada umat Islam di negara ini.
Tujuan sebenar kumpulan mereka ini adalah untuk menghancur dan merosakkan ajaran Islam yang suci ini dan mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempengaruhi masyarakat Islam yang tidak mempunyai pegangan akidah yang kukuh.

Dengan cara ini mereka dapat melemahkan dan merosakkan pegangan umat Islam terhadap akidah Islamiah. Alam mistik dan kebatinan kepada orang Melayu sebenar bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan.

Namun, masyarakat Melayu sendiri sebenarnya telah mengalami evolusi yang mengagumkan. Sehingga sekarang nilai-nilai Islam telah begitu sebati dan menjiwai setiap etika hidup orang Melayu.
Kewujudan ajaran sesat sedikit sebanyak menjejaskan akidah dan juga perpaduan di kalangan orang Melayu. Mereka ini berselindung di sebalik agama demi kepentingan diri sendiri.
Demikian jugalah dengan bomoh palsu yang berselindung di balik takbir pengubatan tradisional untuk mengaut keuntungan, memperdayakan pesakit, dan sebagainya, sehingga ia dipandang serong oleh masyarakat. Ibarat kata, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sesungguhnya bukankah syaitan itu telah berjanji di depan Allah akan menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun. Mereka akan terus mengganggu atau mencederakan jasad atau roh manusia dengan izin Allah sama ada secara halus dan tidak disedari oleh manusia itu sendiri sehingga hari kiamat.

Penulis adalah Setiausaha Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

http://bm.therakyatpost.com

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Rahsia Kejayaan Jutawan Datuk Seri Vida didedahkan

Hasmiza menghasilkan produk berkualiti dengan jualan tinggi.
BAIK orang dewasa mahupun kanak-kanak, sebut sahaja nama 'Datuk Seri Vida' atau 'Qu Puteh', pasti wajahnya segera terbayang di depan mata. Berpakaian serba glamor, diserikan pula dengan pelbagai hiasan 'bling-bling', termasuk cincin berlian di jari jemari dan semestinya crown yang bernilai hingga ratusan ribu, pemilik nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, kini berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi empayar perniagaannya.

Akui Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, beliau bukannya sengaja mahu mencipta publisiti atau mempamerkan kemewahan diri, sebaliknya ia adalah sebagai satu identiti untuknya mengetengahkan produk keluarannya.

Menyedari percaturannya itu turut diguna pakai oleh segelintir usahawan lain bagi mengetengahkan produk masing-masing, Hasmiza bagaimanapun menasihatkan agar mereka jangan terlalu ghairah sehingga merendahkan maruah sendiri.

"Imej ken…

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Sekolah Niaga: Peradaban digital

SEPANJANG minggu ini saya berada di Jakarta. Anak anak muda dalam tim bisnes kami sedang mengatur gerak langkah. Pemasaran secara digital berjalan lancar. Gerak tindak lanjut dalam pengiklanan di FB, Google Adwords dan Youtub Marketing berjalan sebagai sepatutnya dan ia nampaknya mengena pada sasaran.
Dapatkan data. Data adalah perkara mahal dan berharga. Dengan data yang ada kita boleh guna pelbagai pendekatan untuk pengaruhi mereka (baka pelanggan) untuk akhirnya membeli apa yang kita mahu jual. Data dan informasi menjadi basis penting dalam perekonomian dan ia adalah senjata strategis dalam persaingan.Kesimpulan utama yang saya fahami minggu ini adalah perusahaan harus berubah dari “product based” kepada “platform based”. Jadi kata kuncinya apa ? Platform FB. Platform Instagram. Platform Twitter. Platform What’sapp. Platform Youtube. Baea semua ini ke Website. Ia perkara baru bagi generasi lama seperti saya. Perubahan dari peradaban revolusi industri, era saya belajar untuk jadi pin…

Jutawan Muda Muhammad Naim Melancarkan Website replika milik Kumpulan MMG UIA

Foto Sumber FB miliknya
Kuala Lumpur - 28/3/2017 Kumpulan MMG UIA Tone Excel telah melancarkan sebuah laman web promosi miliknya yang diberi nama www.gajimasyuk.com . Di petik dari FB milik Presidennya Muhammad Naim sehingga ke hari ini pendaftaran sudah mencecah 500 ratus orang.



Website replika MMGUIA ini menjadi fenomena kepada pengguna simkad Tone Excel. Kepada yang berminat nak tahu apa isi kandungan website replika MMGUIA boleh melayari www.gajimasyuk.com .

Kepada ahli Tone Excel bukan kumpulannya juga boleh menyertai website replika MMGUIA ini yang hanya perlu membuat bayaran RM30.00 sahaja. sekali seumur hidup.

Muhammad Naim membuat LIve di FBnya pada 28/3/17 pada jam 5 petang semalam.

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI