Internet percuma 1 hingga 7 pagi

Internet percuma 1 hingga 7 pagi

CELCOM Axiata Berhad (Celcom), memperkenalkan kad sim terbaharunya, Xpax Magic Sim dengan Internet Burung Hantu, yang menawarkan internet percuma bermula jam 1 hingga 7 pagi.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelanggan Xpax Magic Sim berpeluang melayari internet tanpa had dengan pelan langganan mingguan atau bulanan, bermula pada harga RM10.

“Kami mahu pelanggan Celcom mempunyai pengalaman yang terbaik daripada kandungan internet kami yang berkaitan seperti muzik tanpa henti, filem atau permainan,” katanya pada Majlis Pelancaran Xpax Magic Sim dengan Internet Burung Hantu di Kuala Lumpur, semalam.

Selain internet percuma, pelanggan Internet Burung Hantu juga akan menerima hadiah tambahan percuma dalam bentuk panggilan dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) sehingga 75 minit dan 75 SMS.

SH

Ulasan