Langkau ke kandungan utama

Jurukamera TV3 maut kemalangan di LPT

Image result for juru kamera tv3

KUANTAN - Seorang jurukamera TV3 maut setelah motosikal‎ berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, malam tadi.
  
Menurut jurucakap polis, mangsa Nor Azman Jumahat, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh badan termasuk patah tangan dan kaki dalam nahas kira-kira jam 9 malam itu.
  
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Binjai, Kemaman, Terengganu mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
  
Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai 'Man J' dalam kalangan rakan media ketika itu baru selesai bertugas, dan dalam perjalanan pulang untuk berjumpa keluarga di Kuantan.
  
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jengka untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Ulasan

  1. “Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka”.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Catatan Minggu lepas popular

KWSP isytihar dividen 6.90% bagi 2017

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen  RM3.98 bilion.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016. Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, keseluruhan prestasi 2017 adalah juga merupakan tahun yang penting bagi KWSP memandangkan ia kini menguruskan dua skim simpanan dan mengisytiharkan dua kadar dividen. “Simpanan Syariah menunjukkan prestasi yang kukuh untuk pengisytiharan dividen pertama.
“Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan semenjak 1997,” katanya.
KWSP berkata, …

‘Datuk Seri’, 3 ‘Datuk’ ditahan tipu pelaburan lebih RM27 juta

KUALA LUMPUR: Seorang ‘Datuk Seri’ dan 3 ‘Datuk’ antara 6 ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan emas dan minyak (oil bunkering) yang mengakibatkan kerugian RM27.5 juta di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 26 Januari lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata semua suspek berusia 42 hingga 62 tahun itu ditahan selepas polis menerima 193 laporan di seluruh negara membabitkan sindiket berkenaan sejak Oktober 2015 hingga Disember 2017. “Suspek ditahan terdiri daripada pengarah syarikat dan penganjur skim berkenaan manakala sindiket itu menjalankan operasi mereka dengan menawarkan 2 pelaburan utama iaitu jual beli jongkong emas serta minyak dengan memberi pulangan lumayan bagi tempoh 9 bulan. “Bagi skim pelaburan jongkong emas, pelabur dijanjikan pulangan lumayan 2% sebulan, manakala pelaburan minyak sebanyak 15% setiap bulan, juga bagi tempoh 9 bulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejaba…

Tawaran Celcom, MAB

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjalin kerjasama strategik dalam usaha untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua pelanggan bermula 1 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Micheal Kuehner berkata, kerjasama dalam jangka panjang ini akan menawarkan pelbagai promosi yang menarik kepada pelanggan mereka. “Bagi peringkat awal ini, antara bentuk manfaat yang akan diperoleh termasuk ganjaran Enrich, tawaran khas dan banyak lagi faedah pada masa akan datang.
“Menariknya tentang kerjasama ini, pelanggan Celcom berpeluang mendapatkan diskaun tiket penerbangan dan ahli Enrich boleh menggunakan mata ganjaran Enrich untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan dengan Celcom,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail. Beliau berkata, kerjasama itu adalah salah satu komitmen syarikat untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman digital kepada pelangg…

Ceramah Terbaru!! Dato' Husam Musa (video)

Rakyat Bangkit Melawan Fitnah - Dato' Husam Musa (BAHAGIAN 1)






Iklan Penaja

Rahsia Kejayaan Gadis Cantik Bergelar Jutawan Pada Usia 19 Tahun

Jika sebelum ini kejayaan seorang gadis muda dapat memiliki rumah sendiri menjadi viral di media sosial, kini nampaknya kejayaan gadis yang akan kami kongsikan ini lebih hebat.

Mana tidaknya, gadis cantik yang dikenali sebagai Sofea Illias yang baru berusia 19 tahun ini sudah bergelar jutawan dan berjaya memiliki beberapa buah kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Cooper, Hilux dan Hummer. Malah semuanya dibeli dengan tunai.




Pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia yang membuatkan gadis muda ini berjaya sehingga ketahap seperti itu. Jadi kami kongsikan semula ia disini pengalaman yang dilalui Sofea Ilias.

"Ramai tanya kisah-kisah suka duka saya sebelum nak berjaya ni ape. Hihi . Camne ye nak cerita. Rasanya ramai kot kenal saya dari dulu? Saya datang kl masa umor 18. Berhenti belajar dari UiTM lepas 6 bulan je belajar . SPM sye 3A+ 3A 2A- 1B+. Ye saye memang dah tak boleh nak belajar sebab memang fikir bisnes. Niat di hati nak belajar medic sebab nak jadi doktor …

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI