Agihan pendapatan ASB 7.25 seunit

  Agihan pendapatan ASB 7.25 seunit

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan agihan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion iaitu peningkatan 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar pada tahun lalu, manakala peruntukan bonus adalah sebanyak RM451.73 juta.

“Pembayaran akan memberi manfaat kepada 8.87 juta pemegang unit melanggan 142.54 bilion unit ASB.

"Kadar agihan pendapatan dan bonus ini kompetitif jika dibandingkan instrumen-instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan,” katanya dalam majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur, semalam.

Sehingga 23 Disember 2015, jumlah pendapatan kasar ASB RM10.06 bilion dengan pengiraan agihan pendapatan berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember 2015.

Manakala pengiraan bonus dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari 2006 sehingga 2015.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, penurunan agihan daripada 7.50 sen seunit tahun lalu, didorong keadaan ekonomi dan saham negara yang susut.

Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB di seluruh negara mulai 4 Januari 2016.

Sinar Harian Online

TERKINI!! : Sistem AutoNetwork yang powerful !

Salam sejahtera.

Peluang perniagaan dengan telefon anda dan jana pendapatan Lumayan !!

Sila layari web kami dan daftar di sini.. SEGERA !

 http://teautonetwork.com/1444

Dan capai impian anda untuk kebebasan kewangan.

 Terima kasih.

Ulasan