Pasar basah online lubuk rezeki

ikan

KEPESATAN teknologi maklumat mengubah kaedah membelibelah atas talian (online) kini semakin menjadi pilihan khususnya dalam kalangan masyarakat khususnya di bandar.

Namun, pembelian online melibatkan barangan keperluan seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, telur tidak sepopular pembelian pakaian, aksesori dan gajet.

Bagaimanapun, pembelian barangan keperluan secara online dan penghantaran terus ke rumah menjadi alternatif kepada suri rumah dan wanita berkerjaya untuk berjimat kesan kenaikan kos sara hidup tinggi.

Banyak kelebihan membeli barangan basah secara online antaranya boleh membandingkan harga antara ‘pasar online’ dan harga yang disediakan di laman web kementerian berkaitan. Mereka juga boleh membeli dengan mudah.

Bagi pengusaha, perniagaan online menjual barang basah bertujuan menolong dan memudahkan orang ramai terutamanya golongan wanita berkerjaya kini menjadi lubuk rezeki.

Membeli, memproses, menyiang membersihkan dan menghantar barang basah atau mentah ke destinasi pelanggan bukanlah perkara mudah namun, usaha luar biasa memberikan rezeki limpah ruah kepada pengusahanya.

Perniagaan barang basah secara atas talian online menjadi pilihan kerana memberikan kesenangan dan menjimatkan masa pembeli. Mereka tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas dan masalah memakir kenderaan untuk ke pasar, pasar raya, kedai runcit, pasar malam dan sebagainya.

Pengurusan masa penting agar penghantaran barang basah sampai seperti mana yang diinginkan pelanggan.


Walaupun perniagaan ini tidak perlu ‘punch card’ seperti pejabat, namun, kesegaran dan kebersihan barang basah menjadi keutamaan supaya pelanggan berpuas hati dan perbelanjaan mereka berbaloi.

Sinar Harian Online

http://revobiziklan.blogspot.my/


Ulasan