Langkau ke kandungan utama

Nasi kerabu hanya berharga RM1

Nasi kerabu RM1
Rohani (tengah) bersama pembantunya menunjukkan nasi gulai ayam, ayam masak pedas dan nasi kerabu yang dijual dengan harga RM1 dan RM2. - Foto Sinar Harian


KETIKA ramai peniaga menaikkan harga makanan disebabkan kenaikan kos bahan mentah, masih ada peniaga menjual nasi dengan harga RM1 sepinggan.

Harga  yang murah itu menjadikan kedai Rohani Zakaria di Kampung Kubang Batang, Tumpat, Kelantan, menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat untuk menikmati sarapan pagi.

Rohani atau lebih mesra dipanggil Kak Ani berkata, pelbagai menu ditawar di kedainya seperti nasi gulai ayam, nasi gulai ikan tongkol, ayam goreng dan ayam masak pedas yang dijual dengan harga RM1 sehingga RM3 sepinggan.

Menurutnya, hidangan paling murah adalah nasi kerabu apabila dijualnya dengan harga RM1 sepinggan.

“Tetapi jika ada pelanggan yang mahu lauk tambahan seperti nasi kerabu bersama ayam goreng, saya kenakan harga RM2,” katanya.

Pendek kata, dengan hanya RM2.50, pelanggan sudah mampu menikmati hidangan lengkap bersama minuman secawan teh 'o'.

Berniaga di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang sejak 10 tahun lalu, Rohani berkata, dia turut menyediakan menu nasi gulai ayam dan ayam pedas dengan harga RM1 untuk murid-murid di situ.

Menurutnya, walaupun kekal dengan harga lama sedangkan harga ayam semakin mahal, dia masih mendapat untung.

“Saya nak jual mahal pun kesian kepada pelanggan terutamanya murid-murid sekolah. Malah kesian kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai yang datang beli bungkus untuk anak-anak mereka,” katanya.

Kedai Kak Ani dibuka sekitar jam 6.45 pagi sehingga tengah hari dan pelanggan masih boleh mendapatkan semua menu terbabit.

sinar harian

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!



HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!! 

CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

Ulasan