Langkau ke kandungan utama

Maxis lancar MaxisONE Kid

Maxis lancar MaxisONE Kid
Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma (kiri) bersama kanak-kanak menunjukkan jam tangan MaxisONE Kids ketika pelancarannya di PUBLIKA Solaris Dutamas hari ini. Jam tangan MaxisONE Kids merupakan satu pelan pascabayar direka khas kerana dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak bagi ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti harian anak mereka. - Foto Bernama


PENYEDIA perkhidmatan komunikasi dan Internet, Maxis Bhd, hari ini melancarkan MaxisONE Kid, pelan pascabayar bagi membantu ibu bapa sentiasa berhubung dengan anak-anak mereka menggunakan jam pintar khusus.

Pelan pascabayar berharga RM58 sebulan itu disertakan jam pintar khusus, QQ, kad sim MaxisONE, 500 megabait, panggilan tidak terhad sehingga 10 nombor ke sebarang rangkaian tempatan serta mesej suara.

"Inovasi ini direka untuk kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun dan ibu bapa yang ingin sentiasa berhubung dengan anak-anak mereka tanpa mengira sejauh mana mereka berada," kata Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma pada majlis pelancaran produk berkenaan di sini, hari ini.

Arjun berkata, jam tersebut mempunyai sistem kedudukan global yang akan membantu menjejak dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak itu kepada 'mwatch', satu aplikasi pada telefon pintar ibu bapa mereka.

Aplikasi itu akan membolehkan ibu bapa menguruskan senarai kenalan anak-anak mereka, menyusun penggera untuk dihantar apabila kanak-kanak itu memasuki zon selamat dan bahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil daripada jam berkenaan.

Mengenai jam pintar QQ sebagai rakan kongsi untuk MaxisONE Kid, Ketua Perkhidmatan Digital, Adelle Gregory berkata, Maxis mengambil hampir setahun untuk memutuskan mengenai jenis jam pintar yang mahu ditawarkan selepas menjalankan banyak ujian ke atas pelbagai jenis jam di pasaran.
"Saya bersama anak-anak telah menguji aplikasi itu dan jam QQ selama kira-kira dua bulan dan ia memberikan laporan lokasi paling tepat di samping pelbagai ciri menarik serta kamera.

"Bagaimanapun masih ada ruang untuk diperbaiki dan kami mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan," katanya. 

Pelan MaxisONE Kid terbuka kepada semua pelanggan MaxisONE untuk kontrak selama setahun.

Sinar Harian

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari http://biz55.lot.my

Ulasan