Langkau ke kandungan utama

Peluang jana pendapatan dengan Secret Correa

Peluang jana pendapatan dengan Secret Correa
Nor Azila

LOSYEN kurus sejuk, Secret Correa menyasarkan jualan sebanyak 300,000 unit bernilai RM13.2 juta sepanjang tahun 2016 berbanding RM1.9 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SC Global Resources Sdn Bhd, Nor Azila Mohamad Azmi berkata, peningkatan lebih dari 500 peratus itu dibuat berdasarkan pelan pemasaran lebih agresif diatur untuk sepanjang tahun ini.

“Secret Correa mula berada di pasaran pada Oktober 2014, dengan jualan sebanyak RM50,000.
"Sambutan di luar jangkaan menyebabkan berlaku peningkatan jualan kepada RM1.9 juta tahun lalu.
“Sasaran peningkatan ini dibuat berdasarkan pelan pemasaran yang aktif bagi mempromosikan produk kesihatan," katanya.

Bahkan untuk empat bulan pertama sahaja dalam tahun ini, sebanyak 50,000 unit losyen Secret Correa berjaya dijual.

Malah keyakinan pihak syarikat bertambah seiring dengan pelan pemasaran yang betul dan berkesan.
"Pelan pemasaran syarikat merangkumi penambahan ejen dan stokis yang dilakukan secara agresif.
"Syarikat menekan sistem ejen yang diamalkannya dan ia menguntungkan semua pihak iaitu syarikat, ejen dan stokis," katanya.

Nor Azila berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menyertai Secret Correa di samping menambah pendapatan sampingan.

“Saya sendiri boleh tunjukkan cara untuk mendapat pendapatan lima angka sebulan menerusi bisnes ini.

"Tetapi, perkara paling penting adalah saya perlukan mereka yang komited dalam mempelajari ilmu perniagaan dan berani menceburi bidang baharu," katanya.

Tambahnya, hampir 90 peratus ejen adalah golongan pekerja dan mereka terdiri daripada dalam kalangan yang tidak pernah buat bisnes.

Perkara paling penting yang ditekankan adalah ilmu dan mentor yang sentiasa membimbing sehingga berjaya.

Sinar Harian Online

 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari : http://biz55.lot.my

Ulasan