Langkau ke kandungan utama

Rugi RM215 juta angkara 'Love Scam'

Cinta internet
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal berusia pertengahan dilaporkan cenderung menjadi mangsa sindiket penipuan 'Love Scam' atau cinta dalam talian yang didalangi lelaki warga asing.  

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, wanita berusia antara 31 dan 40 tahun direkodkan antara paling ramai terpedaya dengan sindiket ini.

Katanya, faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut.  
Selain itu, beliau berkata individu yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa sindiket berkenaan.   

"Mereka (anggota sindiket) ini mempunyai 'skrip' atau kata-kata manis untuk memikat dan menjalinkan hubungan cinta sebelum memperdayakan mangsa wanita mereka melalui laman sosial seperti Facebook," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
 
Mohd Syafiq Jinuin berkata, berdasarkan profil mangsa, anggota sindiket dilihat tidak mempunyai spesifikasi tertentu, sebaliknya memilih individu secara rambang di alam maya untuk dijadikan mangsa.

Beliau berkata, antara mangsa sindiket ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, guru, pensyarah, pegawai bank dan ahli perniagaan.

Katanya sebanyak 5,456 kes penipuan cinta dalam talian melibatkan kerugian lebih RM215 juta telah direkodkan sejak tahun 2013 hingga Ogos tahun ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun bank kepada orang yang baru dikenali melalui alam maya serta jangan memberi atau menghantar wang kepada kenalan yang tidak pernah ditemui secara fizikal.  

"Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu terutama di internet kerana penglibatan dengan sindiket ini dapat memberi kesan ke atas emosi selain mengakibatkan mangsa menanggung beban hutang yang tinggi," katanya. - Bernama

Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my

Ulasan

  1. Baca kisah Ameer yang hampir
    muflis tiba-tiba mendapat RM60
    ribu sebulan hanya dengan satu
    aplikasi!
    Klik http://bit.ly/2czbbyv

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..