Cara buat lebih banyak duit di Malaysia?

“Bagaimana agaknya cara yang boleh kita lakukan untuk buat lebih banyak duit?”

Perkongsian ini saya hasilkan bagi menambahkan pengetahuan dan juga bagi tujuan hiburan semata-mata. Mungkin ada beberapa kaedah yang saya ceritakan ini adalah kaedah yang praktikal, namun ada juga yang agak mustahil untuk berlaku kepada anda.

Walaubagaimanapun, daripada kaedah-kaedah yang saya ceritakan dalam ni, memang terbukti ada yang berjaya jadi kaya tau! Jadi, tanpa membuang terlalu banyak masa, apa kata saya kongsikan pada anda terus, apa dia cara-cara untuk menjadi lebih kaya yang boleh dipraktikkan jika di Malaysia.

(1) Kahwin dengan orang kaya

Ini biasanya hanya akan berlaku pada seorang wanita. Jarang saya dengar, ada orang lelaki yang dapat berkahwin dengan wanita yang kaya. In fact, mungkin satu-satunya cerita yang saya pernah dengar tentang seorang pemuda yang tidak berharta namun dapat berkahwin dengan seorang wanita yang kaya raya adalah kisah pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah sahaja.



cara-jadi-kaya
Berita yang biasa kita dengar jika di Malaysia, ia melibatkan perkahwinan antara golongan artis dengan VIP. Dan Ya, selain anda perlu jadi seorang yang sangat bertuah, anda juga perlu mempunyai rupa paras yang menawan.


Bagaimana baru dikira seseorang itu mempunyai paras wajah yang menawan? Ha… benda ni subjektif. Jadi saya tak dapat nak ulas dengan panjang lebar disini.

(2) Sukan
Jadi ahli sukan pun boleh kaya tau! Dengan syarat anda kenalah jadi ahli sukan yang terhebat yang berjaya mengharumkan nama negara.

Contoh paling mudah untuk saya berikan ialah Datuk Lee Chong Wei. Saya nak petik berita yang disiarkan di Sinar Harian Online bertarikh 1 September 2016. [link berita]
P.Pinang rai Chong Wei, Peng Soon dan Liu Ying
GEORGETOWN – Tiga atlet badminton negara menerima sumbangan insentif dari Kerajaan Pulau Pinang selepas berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Rio 2016 yang lalu.
Sumbangan berupa wang tunai itu diserahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam satu majlis khas yang diadakan di The Top Atrium, Komtar, hari ini.
Guan Eng berkata, pemberian itu sebagai penghargaan kepada wira negara yang merupakan anak jati Pulau Pinang.
“Saya sangat berbangga dengan ketiga-tiga mereka kerana berjaya mengharumkan nama negara sekali gus mencipta sejarah yang amat manis untuk kita semua. Saya juga berbangga apabila dua daripa atlet negara adalah anak jati Pulau Pinang iaitu Chong Wei dan Peng Soon. Kejayaan Peng Soon dan Liu Ying memberi kita harapan baharu dalam sukan badminton yang selama ini perlu digalas Chong Wei seorangan.
“Saya juga bangga dengan pasangan Peng Soon dalam pasukan beregu negara, Liu Ying yang bertungkus lumus menjadi gandingan mantap Peng Soon sehingga meraih pingat di Olimpik Rio 2016. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Pulau Pinang menyediakan insentif RM150,000 kepada Chong Wei, RM100,000 kepada Peng Soon dan RM25,000 kepada Liu Ying,” katanya kepada media.

Walaubagaimanapun, untuk menjadi yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang perlu dikorbankan terutamanya masa dan tenaga untuk menjalani latihan yang ketat.

(3) Menang saman

Kalau ada seseorang yang buat salah dengan anda, JANGAN MAAFKAN dia. Sebaliknya, heret dia ke kandang mahkamah untuk di bicarakan. Jika terbukti memang dia salah, anda mungkin akan dapat menang besar.
jadi-kaya-dengan-saman
Ini petikan daripada berita yang disiarkan di akhbar online Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.
Anwar dalam Twitternya berkata, “alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.”
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.
Sesetengah kesalahan memang patut diselesaikan dengan cara saman. Lebih-lebih lagi kesalahan memfitnah seperti ini, yang tentunya menjejaskan imej dan keperibadian seseorang.
“Mahkamah mempertahankan kebebasan media dalam menulis berita, bagaimanapun bukan kebebasan untuk membuat fitnah”
(4) Sertai lucky draw

Apa kebarangkalian untuk kita menang loteri? Setahu saya, ianya sangat rendah. Ada orang, main loteri bertahun-tahun, tapi langsung tak pernah menang. Atau kalau menang pun, tak pernah menang besar. Kemenangan itu hanya buatkan dia ketagih untuk terus bertaruh.

Ada juga saya pernah dengar, orang yang baru kali pertama main loteri terus menang! Memang nasib, kan. Apa pun, kaedah ini adalah tidak sesuai untuk orang Islam, kerana ini adalah aktiviti perjudian.

(5) Dapatkan harta warisan

Cuba lihat dalam senarai salasilah ahli keluarga anda. Ada orang kaya tak? Kalau tak ada… lupakan sahaja kaedah ini. Namun jika ada, mungkin ini masanya untuk anda mula merapat dan mendekatkan diri dengan individu tersebut.

Siapa tahu, nama anda nanti akan dimasukkan dalam surat wasiat bagi menerima sebahagian harta.

(6) Jadi selebriti

Saya tak tau, sama ada kegilaan remaja zaman sekarang nak jadi selebiriti adalah sesuatu yang patut dibanggakan ataupun sesuatu yang patut kita bimbangkan. Saya tak tau.

Tapi kalau dari aspek untuk bina kekayaan, menjadi selebriti adalah salah satu kaedahnya. Contohnya, anda masuk pertandingan dan jika pertandingan tersebut adalah berdasarkan undian peminat, maka jika anda ada ramai peminat, peluang untuk anda menang memang sangat besar.
jadi-kaya-menang-pertandingan

(7) Kutip derma

Adakah kehidupan anda sentiasa dirundung malang? Tahukah anda, bahawa rakyat Malaysia ini merupakan rakyat yang suka menderma! Kadang-kadang tu, sampai ada orang-orang yang tak bertanggungjawab yang sanggup untuk menipu susah semata-mata untuk kutip derma.

Jika anda benar-benar susah, dan memang tak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah anda, maka bolehlah cuba kaedah mengutip derma ini. Besar kemungkinan, anda akan dapat satu jumlah yang lebih besar berbanding yang anda perlukan.

(8) Buat perlaburan

Saya kira ini adalah cara yang biasa dilakukan untuk mengumpul dan membina kekayaan jika di Malaysia. Terdapat macam-macam instrumen pelaburan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian, modal dan kepakaran anda.

Anda boleh melabur sama ada di
(i) Pasaran Saham
(ii) Emas dan perak
(iii) Unit trust

(9) Simpanan

Ada banyak buku-buku berkenaan kewangan yang ditulis tidak begitu mengesyorkan cara ini untuk menjadi lebih kaya. Salah seorang penulis buku kewangan kegemaran saya, iaitu Robert Kiyosaki juga tidak menggalakkan kaedah menyimpan wang untuk menjadi kaya.

Kata beliau, untuk buat lebih banyak duit, kita perlu fokus kepada aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan lebih banyak duit, bukannya fokus kepada simpan duit dan berharap pada dividen atau interest semata.

Apa pun, kaedah menyimpan wang ini juga terbukti boleh menjadikan anda lebih kaya. Apa yang penting ialah anda mempunyai strategi penyimpanan yang boleh diikuti. Baiklah, sekiranya anda masih tak tau nak menyimpan di mana, bolehlah buat simpanan menerusi skim simpanan SSPN-i Plus.

(10) Mulakan perniagaan

Saya berpendapat, ini adalah kaedah yang paling praktikal untuk kita lakukan bagi menghasilkan lebih banyak duit! Cara-cara lain macam sangat susah, sebaliknya cara ini, dengan memulakan perniagaan sendiri, ianya adalah lebih mudah untuk dijalankan.

Langkah yang paling sukar untuk mulakan bisnes sendiri? Hmm… pada pandangan saya ada dua, iaitu untuk memilih apa dia bisnes pertama yang ingin dijalankan, dan kedua, untuk terus konsisten menjalankan bisnes tersebut dan mengharungi cabaran naik turun pendapatan dalam bidang perniagaan itu.

Apa pun, kalau anda rasa macam keliru dan tak tau nak buat bisnes apa, saya nak kongsikan satu tips yang saya baca dari buku berjudul Panduan Memborong Di China.

Kata-kata nasihat ini sebenarnya dari Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap, kata beliau
Bisnes kecil mesti mempunyai keuntungan yang besar. Beliau memberikan contoh peniaga kecil di pasar malam yang menjual ayam goreng ala KFC. Kelihatan seperti bisnes yang glamor, namun hakikatnya, keuntungan menjual ayam goreng hanya 20 hingga 30 peratus. Bisnes ini tidak menguntungkan, tegasnya. Berbeza dengan penjual air atau aiskrim buatan sendiri, mereka mampu mendapat keuntungan 800 hingga 1,000 peratus. Itu baru dikatakan bisnes makanan yang sebenar.


Baiklah, harap-harap anda dapat belajar sesuatu dari perkongsian ini.

kredit : http://www.sabreehussin.com/cara-buat-lebih-banyak-duit-di-malaysia/

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Ulasan