Langkau ke kandungan utama

Samsung lancar model mampu milik Galaxy A5, Galaxy A7

Samsung
Jui Siang (tengah) bersama sebahagian tetamu menunjukkan model Galaxy A.


SAMSUNG Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan dua model telefon pintar mampu milik baharu dalam siri Galaxy A (2017) iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A7 pada Khamis lalu.

Naib Presiden, Unit Perniagaan IT & Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata, menepati konsep ‘hidup tidak dirancang’, model baharu itu menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya seperti kamera belakang 16MP PDAF (f1.9), kamera depan 16MP FF (f1.9) dan prosesor 1.9GHz lapan teras.
Menurutnya, ia ada storan lebih besar, bateri berkuasa tinggi 3,600 mAh (A7)/3,000mAh (A5) untuk tahan lebih lamas.

“Sebagai peranti terkini di pasaran, siri Galaxy A terbaru itu diketengahkan sebagai peranti mampu memenuhi gaya hidup spontan dan aktif generasi muda masa kini.

"Model ini memiliki skrin Super Amoled HD penuh 5.7 inci dan 5.2 inci dibangunkan sebagai model kelas pertengahan pertama Samsung dengan standard IP68 bagi kalis habuk dan air,” katanya.
Model itu juga alternatif dan amalan perbelanjaan secara transaksi tanpa tunai ketika ini, model baharu siri Galaxy A (2017) juga menawarkan ciri Samsung Pay.

"Ia kini dalam ujian untuk sesetengah pemegang kad visa Maybank terpilih,” katanya.
Model tersebut mempunyai dua pilihan warna iaitu Black Sky dan Gold Sand dijual 25 Januari pada harga RM1,899 (Galaxy A7 2017) dan RM1,699 (Galaxy A5 2017).

Menariknya, pengguna boleh membuat pra tempahan bermula 6 Januari dan menerima fon-kepala Samsung Level U Pro tanpa wayar bernilai RM399 secara percuma.

Untuk talian tempahan awal, boleh daftar di Lazada di http://lzd.co/samsung-galaxy- a-siri dan 11street di http://promotion.11street.my/store/samsung.

Sinar Harian Online

Ulasan