Langkau ke kandungan utama

Dana Mudahcara RM400 juta tahun ini

Dana Mudahcara RM400 juta tahun ini
Megat M Yatim
UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyasarkan peruntukan RM400 juta untuk salah satu programnya, Dana Mudahcara sepanjang tahun ini.

Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan Usahawannya, Megat M Yatim Megat Hamid berkata, Dana Mudahcara sehingga tahun lalu, telah meluluskan sejumlah RM1.6 bilion sejak ditubuhkan pada 2012.
“Tahun ini, kami sasar kelulusan dana bernilai RM300 hingga RM400 juta dalam bentuk geran untuk sekurangnya 100 projek.

“Ia berikutan kejayaan tahun lalu apabila Teraju merekodkan kelulusan dana untuk 125 projek bernilai RM400 juta,” katanya.

Menurutnya, syarikat yang mendapat dana tersebut terdiri daripada pelbagai sektor termasuk gas dan minyak, pembinaan dan hartanah, pelancongan serta perkhidmatan perniagaan.
“Setiap tahun, kerajaan melalui Teraju memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu usahawan Bumiputera meluaskan perniagaan.

“Oleh itu, sejak ditubuhkan hingga tahun lalu, sebanyak 485 projek telah Teraju luluskan, kepada 405 syarikat menjalankan projek berjumlah RM1.6 bilion,” katanya.

Megat M Yatim berkata, had maksima dana yang boleh diberikan ialah RM30 juta dan dana diwujudkan hasil kolaborasi dengan Unit Kerjasama Awam-Swasta (Ukas), Jabatan Perdana Menteri.
“Permohonan boleh dikemukakan melalui ibu pejabat atau mana-mana pejabat cawangan Teraju di Wilayah Pembangunan Ekonomi di seluruh negara,” katanya.

Sinar Harian

http://www.dananiaga2u.com/toneamri

Ulasan

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..